LAWATAN ULUNG PEGAWAI MEMERINTAH KE PASUKAN BAWAH PERINTAH 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KOTA BHARU: Lawatan Ulung Pegawai Memerintah 72 Bn KPD ke Pasukan Bawah Perintah iaitu Stesen Bomba Tentera Darat Desa Pahlawan, Kota Bharu Kelantan pada 18 Mac 2020. Seterusnya Pegawai Memerintah pasukan telah dibawa melawat ke sekitar pasukan oleh Pegawai Pemerintah SBTD DP, Mej Wan Sabri bin Wan Hamat @ Wan Safie. Perjumpaan ini telah dilaksanakan di Dewan Pasukan. Hal ini bagi mengenali anggota bawah naungan dengan lebih dekat.

LAWATAN 72 BN KPD


PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR

TAIPING: Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Anjuran 72 Wokshop Divisyen pada 4 Mac 2020 telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar Pasukan 72 WKSP DIV. Perlawanan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori pegawai dengan Pegawai Tidak Tauliah Kanan dan kategori campuran. Seramai 15 pegawai dan 90 anggota Lain-Lain Pangkat telah hadir. Turut hadir Pegawai Memerintah Pasukan, Lt Kol Khairul Anuar bin Abdul Kadir.

perlawanan 72 bn kpd

 


MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Seramai 165 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dalam Mesyuarat Kebajikan Siri 1 Tahu 2020 yang diadakan di Dewan Penuntut, 72 Bn KPD pada 10 Mac 2020. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah Pasukan, Lt Kol Khairul Anuar bin Abdul Kadir.

MESYUARAT 72 BN KPD


TAKLIMAT DAN LATIHAN KEBAKARAN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Taklimat dan Latihan Kebakaran peringkat pasukan telah dilaksanakan pada 12 Mac 2020 di Padang Kawad, 72 Bn KPD. Seramai 4 pegawai dan 97 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dalam program tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan dari Balai Bomba Kemunting iaitu PBK 2 Wan Abu bin Osman. Pegawai Memerintah, Lt Kol Khairul Anuar bin Abdul Kadir telah memberikan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda penghargaan.

KEBAKARAN 72 BN KPD


LAWATAN KE PENGINAPAN ANGGOTA OPERASI PENAWAR

PULAU PINANG: Lawatan oleh wakil pasukan 72 Bn KPD, Lt M Muhammad Izzam bin Ahmad Tarmizi ke penginapan anggota Operasi Penawar di Rejimen 509 Askar Wataniah dan Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja, Pulau Pinang pada 28 Mac 20. Seramai 5 anggota Lain-Lain Pangkat 72 Bn KPD telah ditumpangkan di unit tersebut bagi membantu untuk Op Penawar yang dilancarkan oleh pihak kerajaan.

ops penawar


PAMERAN KENDERAAN SEMPENA HARI TENTERA DARAT KE - 87 PERINGKAT 2 DIVISYEN

PULAU PINANG: Pasukan 72 Bn KPD telah terlibat dalam Pameran Aset Tentera Darat peringkat 2 Divisyen sempena Hari Tentera Darat yang Ke-87 bermula 29 Februari 2020 sehingga 1 Mac 2020 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Mejar Muhamad Harris bin Yusop dan Lt Zamieratul Akhma bte Zamri serta 20 anggota Lain-Lain Pangkat daripada pasukan ini telah terlibat secara langsung dalam acara tersebut.

PAMERAN 2 DIV


MAJLIS SEKALUNG BUDI 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Seramai 80 ahli BAKAT pasukan telah terlibat dalam Majlis Sekalung Budi BAKAT pada 23 Februari 2020 di Wisma Perwira Kor Perkhidmatan Diraja berkonsepkan Hi-Tea. Majlis diadakan bagi meraikan Pengerusi BAKAT Pasukan iaitu Puan Norhana binti Ahmad dan ahli- ahli yang bertukar keluar.

HI TEA 72 BN KPD


PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Pasukan diantara Lt Kol Mohammad Haniff Bin Mohammad Ramli dengan Lt Kol Khairul Anuar Bin Abdul Kadir telah dilaksanakan pada 24 Februari 2020 di Padang Kawad pasukan. Majlis telah disaksikan oleh Mej Jen Dato Mardzuki bin Muhammad, Panglima 2 Divisyen. Seramai 11 orang pegawai dan 118 anggota Lain-Lain Pangkat serta kakitangan awam telah terlibat.

PERBARISAN PEG MEM 72 BN KPD

SERAH MENYERAH 72 BN KPD


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT PASUKAN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Pasukan diantara Puan Norhana binti Ahmad dengan Puan Nur Khairunisa binti Abdullah telah dilaksanakan pada 24 Februari 2020 di Ruangan KOMATRA pasukan yang disaksikan oleh Pegawai Penasihat BAKAT pasukan, Lt Mohd Fahmi Rizal bin Abdul Majid dan YBhg Puan Hajah Bashrah binti Haji Ali.

pengerusi bakat 72 bn kpd


MAJLIS DINNING OUT KELAB WAWACARA 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Majlis Dinning Out Kelab Wawancara bersama Pegawai Memerintah Pasukan, Lt Kol Mohamad Haniff bin Mohamad Ramli telah diadakan di Hotel Grand Baron pada 22 Februari 2020. Seramai 40 ahli Kelab Wawancara telah menghadiri majlis tersebut bagi meraikan ahli kelab yang akan bertukar keluar iaitu 2 pegawai dan 3 Pegawai Tidak Tauliah Kanan.

dinner 72 bn kpd


UJIAN KELAYAKAN KEMAHIRAN INDIVIDU (PENGENDALIAN SENJATA) 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Ujian Kelayakan Kemahiran Individu bagi Ujian Pengendalian Senjata (UPS) Peringkat Pasukan telah dijalankan di Garaj 72 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja pada 26 Februari 2020. Seramai 65 anggota Lain-Lain Pangkat telah menjalani ujian tersebut.

UKKI UPS 72 BN KPD


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS AJUTAN PASUKAN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Majlis Serah Terima Tugas Ajutan 72 Bn KPD antara Kapten Mohd Hafiszullah bin Roslin dengan Leftenan Syarifuddin bin Kamal telah diadakan di Padang Kawad pasukan pada 31 Januari 2020. Seramai 7 pegawai dan 82 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat didalam majlis tersebut. Majlis telah disaksikan oleh Lt Kol Mohamad Haniff bin Mohamad Ramli, Pegawai Memerintah Pasukan.

peg tadbir 72 bn kpd


BENGKEL CEPAT BACA AL-QURAN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Bengkel Cepat Baca Al-Quran telah dilaksanakan di Surau pasukan 72 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja pada 18 hingga 20 Januari 2020. Penceramah jemputan dari Usrah Haraki Sdn. Bhd, Kemunting Taiping iaitu Ustaz Zakaria bin Nasiruddin telah dijemput. Seramai 19 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut. Para peserta diajar dan diberi kaedah yang mudah untuk membaca Al-Quran.

BENGKEL 72 BN KPD


UJIAN JALAN LAJU 5 KM 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING : Seramai 3 pegawai dan 92 anggota Lain-Lain Pangkat telah menjalani Ujian Jalan Laju (UJL) 5 km peringkat pasukan disekitar kawasan Litar Memandu Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja pada 15 Januari 2020. Ujian ini telah dijalankan bagi menguji tahap mental dan fizikal setiap pegawai dan anggota.

ujl 72 bn kpd


UJIAN KECERGASAN ASAS 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Seramai 5 pegawai dan 52 anggota Lain-Lain Pangkat telah menjalani Ujian Kecergasan Asas (UKA) peringkat pasukan pada 8 Januari 2020 di sekitar kawasan Litar Memandu Kor Perkhidmatan Diraja.

uka 72 bn kpd


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA DAN PENYERAHAN SIJIL 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Majlis Pemakaian Pangkat pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat serta Penyampaian Sijil Penghargaan telah dilaksanakan di Padang Kawad 72 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja pada 14 Januari 2020. Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat daripada Kapten ke Pangkuan Mejar dan Staf Sarjan ke Pangkuan Pegawai Waran II. Seterusnya, majlis diteruskan dengan Upacara Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Kpl Peter Wong Toh Weng dan Kpl Mohamad Yazid bin Abu kerana telah mendapat tempat pertama dalam kursus Penyelia Kanan Pengangkutan di Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohamad Haniff bin Mohamad Ramli.

pemakaian 72 bn kpd

sijil 72 bn kpd


UJIAN KELAYAKAN KEMAHIRAN INDIVIDU 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) iaitu Ujian Kawad Kaki Individu telah dilaksanakan pada 6 Januari 2020 bertempat di Padang Kawad, 72 Bn KPD. Seramai 60 anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah telah terlibat. Terdapat 3 pondok skuad telah didirikan dan terdapat 9 Pegawai Tidak Tauliah Kanan telah mengambil PTTR yang mengikuti ujian tersebut. Turut hadir Sarjan Mejar Rejimen pasukan, PW I Asmeh bin Nikah.

ukki 72 bn kpd


MAJLIS QIAMULLAIL PERINGKAT PASUKAN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Seramai 8 pegawai dan 82 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat di dalam Majlis Qiamullail peringkat pasukan pada 9 Januari 2020 di Garaj Kompeni Angkut 72 Bn KPD . Turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohamad Haniff bin Mohd Ramli.

qiamullail 72 bn kpd


MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL DAN CERAMAH KEAGAMAAN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Ceramah Keagamaan bertajuk “Membina Rohani Memantapkan Organisasi” telah diadakan pada 8 Januari 2020 bertempat di Perkarangan Parkir 72 Bn KPD. Sesi ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang iaitu Ustaz Muhd Shah Shanmugan. Seramai 8 pegawai dan 102 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dalam ceramah tersebut. Anggota bukan islam turut terlibat dalam ceramah tersebut.

bacaan yassin 72 bn kpd


PERBARISAN AJUTAN PASUKAN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Perbarisan Ajutan 72 Bn KPD telah diadakan di Padang Kawad Pasukan pada 13 Januari 2020 melibatkan 3 pegawai dan 92 anggota Lain-Lain Pangkat yang terlibat. Perbarisan ini merupakan salah satu Sistem Pemerintahan Rejimental yang bertujuan memastikan pegawai dan anggota sentiasa berketrampilan dan berpakaian kemas dalam menunjukkan imej berpakaian kemas dalam menunjukkan imej diri dan tahap disiplin berada dalam keadaan yang baik.

perbarisan ajutan 72 bn kpd


PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

TAIPING: Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen 72 Bn KPD, PW 1 Asmeh bin Nikah telah diadakan pada 6 Januari 2020 di Padang Kawad pasukan. Seramai 89 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dengan perbarisan tersebut. Perbarisan ini adalah sebagai perbarisan bulanan SMR Batalion. Ianya bertujuan mengekalkan disiplin dan keterampilan anggota.

perbarisan smr 72 bn kpd


SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-18

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Pengarah KPD telah diadakan di Pejabat Pengarah KPD pada 7 Januari 2020. Majlis Serah Terima Tugas Pangarah Kor Perkhidmatan Diraja di antara Mej Jen Hj Abd Malik bin Hj Amid Mantan Pengarah Ke-17 dan Brig Jen Ezani Abdullah Pengarah Ke-18 yang baharu. Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah hadir bagi menyaksikan acara tersebut.

SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH


BENGKEL HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM SIRI 1/2020

KUALA LUMPUR: Seramai 26 anggota Lain-Lain Pangkat pasukan KPD telah menyertai Bengkel Human Resource Management Information System (HRMIS) pada 11 hingga 13 Februari 2020 di Makmal Komputer AMSS, KOMLEK. Objektif bengkel bagi memberi pendedahan berterusan kepada wakil-wakil pasukan mengenai tatacara penggunaan HRMIS dan kepentingannya. Turut dihadiri Pegawai Staf 3 Sel Sistem Maklumat, Jab Arah KP.

bengkel hrmis

 


SEMINAR REJIMENTAL KOR PERKHIDMATAN DIRAJA SIRI 1/2020

KUALA LUMPUR: Seramai 52 Pegawai Tidak Tauliah Kanan telah menyertai Seminar Rejimental Kor Perkhidmatan Diraja pada 11 hingga 14 Februari 2020 di Dewan Mumtaz, Masjid Khalid Al-Walid, Kuala Lumpur. Objektif seminar bagi menerangkan cara-cara mengatasi permasalahan anggota di pasukan dari aspek rejimental. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah KPD, Brig Jen Ezani bin Abdullah.

SEMINAR REJIMENTAL


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KUALA LUMPUR: Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat telah diadakan di Pejabat Panglima Tentera Darat pada 30 Mac 2020. Brig Jen Meor Anuar Shuhaili bin Mohd Ramli telah dinaikkan pangkat dari Brigedier Jeneral ke Mejar Jeneral. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Ahmad Nawawi.

pemakaian pkt peg kpd


BANTUAN KENDERAAN DARI KOMPENI ANGKUT 71 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal 2, seramai 8 anggota Lain-Lain Pangkat pasukan dan 4 kenderaan dari pasukan Kom Ang 71 Bn KPD telah ditugaskan untuk membuat pengambilan keperluan barang logistik dan akan dihantar ke Stor Simpanan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah (PPNS). Kerajaan negeri Sabah telah menerima Bantuan Bekalan PPE (Personal Protective Equipment) untuk memenuhi keperluan para petugas sepanjang penugasan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dalam membendung wabak COVID -19 pada 29 Mac 2020.

bantuan kenderaan


UJIAN KELAYAKAN ASAS PASUKAN KOMPENI ANGKUT 71 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KOTA KINABALU: Dataran Kom Ang 71 Bn KPD, telah dilaksanakan Ujian Kelayakan Asas (UKA) Peringkat pertama di pasukan pada 15 Januari 2020. Seramai 18 anggota yang terlibat menjalani ujian tersebut.

uka psk


LAWATAN BAKAT DARAT

KOTA KINABALU: Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-87 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat telah mengadakan lawatan kebajikan kepada isteri dan anak sakit kronik. Disamping itu juga turut di adakan pameran kraftangan dari ahli BAKAT Gabungan KPD Divisyen yang telah terlibat di rumah BAKAT Tengku Anis, 6 Rejimen Artileri Diraja, Kem Lok Kawi pada 1 Mac 2020.

LAWATAN BAKAT DARAT


MAJLIS PROGRAM KERJA AMAL DAN PENAJA SERTA SAMBUTAN HARI JADI PELATIH PUSAT PERKHIDMATAN DALAM KOMUNITI (PPDK) KEM LOK KAWI

KOTA KINABALU: Pasukan Komp Ang 71 Bn KPD telah dilantik sebagai pasukan penganjur sempena Majlis Program Kerja Amal pada 21 Februari 2020 di Miss Grand Putatan dan Penaja Majlis serta Sambutan Hari Jadi Pelatih PPDK Kem Lok Kawi. Turut hadir Panglima 5 Briged, Brig Jen Muhammad Hafizuddeain bin Jantan selaku penaung PPDK dan Datin bin Jantan selaku penaung PPDK dan Datin Hartiah binti Hamzah selaku Pengerusi PPDK. Perlantikan aktiviti pertama bagi tahun 2020 di serahkan kepada pasukan ini memandangkan Pegawai Pemerintah Pasukan dilantik sebagai Pegawai Penyelaras PPDK Kem Lok Kawi, Sabah.

kerja amal

kerja amal 2


MAJLIS MERAIKAN ANGGOTA BERTUKAR KELUAR KOMPENI ANGKUT 71 BATALION KPD

KOTA KINABALU: Pasukan Kom Ang 71 Bn KPD telah mengadakan majlis meraikan anggota bertukar keluar seramai 6 anggota Lain-Lain Pangkat pada 14 Januari 2020 di Hotel Pan Borneo, Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.Turut hadir Lt Mohd Amyrul bin Sinin, Pegawai Tadbir Pasukan.

majlis bertukar keluar

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta

Jabatan Arah Kor Perkhidmatan
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
Tel: (60)3 2071 2871 | Faks: (60)3 2071 2871