PENGERUSI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-15

CETAK MEJ JEN ABDUL AZIZ PENGERUSI KPD.jpg

Mej Jen Hj Abdul Aziz bin Samsi @Hj Shamsudin (3003198) merupakan Pengerusi KPD Ke – 15. Beliau telah dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 16 Okt 63. Beliau menyertai ATM sebagai Peg Kadet pada 8 Mac 82 dan telah ditauliahkan dengan pangkat Lt M pada 21 Mac 83 dan memegang jawatan sebagai Ket Pl di 3 Komp Angkut KP, Sarawak. Mej Jen Hj Abdul Aziz bin Samsi @Hj Shamsudin telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai jawatan penting sepanjang perkhidmatan seperti berikut:

  • Mej Jen   - Panglima Logistik TD, MPLTD
  • Brig Jen  - Timbalan Panglima Logistik TD, MPLTD
  • Kol          - Ketua Kumpulan KP, MPLTD
  • Lt Kol      - PS 1 Am/Tadbir, MK Log TD

                           - PS 1 Log, MK 2 Div

                           - Komdn, PULMAT

                           - PS 1 Pengurusan, MK TD-Jab KPD

  • Mej          - Peg Tadbir Tim Projek Transit TD, MK TD-Cwg P&P

                           - PS 2 Kerjaya (Pegawai), MK TD-Jab KP

                           - PS 2 Latih, MK TD-Jab KP

                           - Pen Peg Mem, 74 Bn KP

                           - Ketua Cwg Kend, PULMAT

                           - PS 2 Rejimental, MK TD-Jab KP

  • Kapt         - PS 3 Latih, MK TD-Jab KP

                           - PS 3 Bekalan, MK PLTD

                           - Peg Pem 12 Pl Bekalan

  • Lt           - Ket Pl, 3 Komp Angkut KP
  • Lt M       - Ket Pl, 14 RAMD

                          - Ket Pl, 3 Komp Angkut KP

 

Pada tahun 1995, beliau telah diberi kepercayaan oleh perkhidmatan untuk terlibat dengan misi PBB Minurso, di Western Sahara. Beliau juga telah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Chartered Institute Of Transport (MCIT) (UK) di UiTM pada tahun 1999. Pada tahun 2000, beliau telah menghadiri kursus di MTAT dan pada tahun 2007, beliau sekali lagi diberi peluang oleh ATM untuk menghadiri kursus di Manila dalam bidang Master in Management (AIM).

 

Seterusnya pada tahun 2013, beliau telah menghadiri kursus di MPAT. Mej Jen Hj Abdul Aziz bin Samsi @Hj Shamsudin merupakan seorang pegawai kanan yang sangat komited dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab. Pada tanggal 24 Apr 19, beliau telah dinaikkan ke pangkat Kol dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Kumpulan KP di MPLTD. Atas dedikasi dan komitmen yang tinggi serta budaya kerja positif yang dipamerkan, beliau telah dinaikkan pangkat ke Brig Jen menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat di MPLTD pada 24 Jan 21.

 

Beliau sekali lagi diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan tertinggi TD dan ATM dimana beliau telah dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima Logistik TD di MPLTD pada 24 Dis 21 sehingga sekarang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Pengerusi KPD Ke – 15 bagi menggantikan Pengerusi KPD Ke – 14 iaitu Mej Jen Ezani bin Abdullah yang akan bersara pada 8 Apr 22.

 

Atas komitmen tinggi yang ditunjukkan dalam setiap penugasan, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat sebagai menghargai jasa bakti beliau dalam negara dan perkhidmatan. Antaranya ialah Kesatria Angkatan Tentera  (KAT), Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB), Bintang Setia Kinabalu (BSK), Pingat Jasa Malaysia (PJM), Ahli Mangku Negara (AMN) dan Bintang Cemerlang Kedah (BCK). Mej Jen Hj Abdul Aziz bin Samsi @Hj Shamsudin telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Azian binti Baharom dan dikurniakan tiga cahaya mata, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Seluruh warga KPD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Mej Jen Hj Abdul Aziz bin Samsi @Hj Shamsudin di atas pelantikannya sebagai Pengerusi KPD yang Ke-15.