UJIAN JALAN LAJU 5 KM PASUKAN 14 KOMPENI ANGKUT KPD (AW)

JOHOR BHARU: Ujian Jalan Laju 5 km yang yang telah diadakan pada 1 Februari 2020 di Kem Tebrau, Johor Bahru. Seramai seorang pegawai dan 15 anggota Lain-Lain Pangkat pasukan telah terlibat.

ujl 14 kpd aw


LAWATAN KEBAJIKAN PASUKAN 14 KOMPENI ANGKUT KPD (AW)

JOHOR BHARU:  Penolong Pegawai Pemerintah pasukan, Lt Siti Zaharah binti Zazali telah melawat anggota awam NA 3-32314 Qamaruddin bin Ali pada 08 Januari 2020 yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

lawatan awam


HARI PENGAJIAN LATIHAN KEPAKARAN 7 KOMPENI ANGKUT KPD

JOHOR BHARU: Pada 27 Februari 2020, pasukan telah menganjurkan Hari Pengajian peringkat pasukan bagi PTTK dan PTTR Tred Pemandu. Latihan diketuai oleh 1146614 Sjn Mohammad Azren bin Abdolah dan dibantu oleh Sjn Platun. Tajuk adalah “Latihan Kepakaran Tred Pemandu”. Antara skop yang diajar adalah Pengenalan alat Tools Kenderaan, Data Teknik Kenderaan, Pelarasan Harian (First, Halt and Last Paradetask) dan Perintah Tetap Pemandu.

latihan kepakaran 7 kpd


PENGAJIAN PERINGKAT PASUKAN 7 KOMPENI ANGKUT KPD

JOHOR BHARU: Pada 5 Februari 2020, pasukan telah menganjurkan Hari Pengajian peringkat pasukan bagi semua anggota yang muslim berkaitan cara-cara pengurusan jenazah. Hukum menguruskan jenazah adalah Fardu Kifayah bagi umat Islam. Antara perkara yang dipelajari adalah tatacara memandikan jenazah dan sebagainya.

pengajian 7 kpd


MAJLIS ANNUAL DINNER PASUKAN 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

BATU CAVES: Pasukan telah mengadakan Majlis Annual Dinner 91 DBP KPD yang bertemakan konsep “aloha santai” pada 8 Januari 2020. Kekuatan penglibatan dalam majlis tersebut adalah seramai 13 pegawai dan 72 anggota Lain-Lain Pangkat. Objektif majlis adalah menghargai jasa yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2019 buat warga 91 DBP KPD selain mengeratkan silaturahim antara pegawai dan anggota pasukan.

MAJLIS ANNUAL DINNER 91 DBP


SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF 1 PENGURUSAN JABATAN ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Pengurusan, Jab Arah KP telah diadakan di Bilik Bincang Jab Arah KP pada 2 Mac 2020. Majlis Serah Terima Tugas antara Lt Kol Abdul Razak bin Hj Mohd Said dan Lt Kol Mohamad Haniff bin Mohamad Ramli telah disaksikan oleh Pengarah KPD, Brig Jen Ezani bin Abdullah.

SERAH TERIMA TUGAS SO 1 PENGURUSAN JKP MAC


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KUALA LUMPUR: Seramai 11 anggota Lain-Lain Pangkat Kor Perkhidmatan Diraja telah terlibat dalam Majlis Pemakaian Pangkat anggota LLP di Dewan Cempaka, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 28 Februari 2020. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah KPD, Brig Jen Ezani bin Abdullah.

PEMAKAIAN PKT LLP

 


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT

KUALA LUMPUR: Seramai 2 pegawai dari Kor Perkhidmatan Diraja telah terlibat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2020. Pegawai telah dinaikkan pangkat daripada Mejar ke Pangkuan Leftanan Kolonel. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Ahmad Nawawi.

PEMAKAIAN PKT PEG TD


SEMINAR PEGAWAI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA SIRI 1/2020

KUALA LUMPUR: Seramai 17 Pegawai dari pasukan Kor Perkhidmatan Diraja telah menyertai Seminar Pegawai KPD pada 17 hingga 21 Februari 2020 di Dewan Dahlia, Wisma Transit Kuala Lumpur. Objektif seminar bagi memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai mengenai hala tuju kor dan peranan pasukan. Seminar telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur, Kol Ahmad Faiezzelan bin Abdul Karim.

SEMINAR PEG KPD

 


SARINGAN BATTLE OF THE BAND

KUALA LUMPUR: Majlis Saringan Battle of The Band telah dilaksanakan pada 30 Januari 2020 di Pasukan Pusat Latihan Muzik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Band D’semenggos dan beberapa band daripada Kor-Kor dan Rejimen Tentera Darat telah mengambil bahagian. Band D’semenggos telah mendapat tempat keempat daripada 10 band yang hadir. Majlis telah disempurnakan oleh Mej Jen Dato’ Zarondin bin Md Amin, Asisten Panglima Pasukan Simpanan.

SARINGAN BATTLE OF THE BAND


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI JABATAN ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KUALA LUMPUR: Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Jabatan Arah KP telah diadakan di Bilik Bincang Jab Arah KP pada 3 Januari 2020. 2 pegawai telah dinaikkan pangkat daripada Kapten ke Pangkuan Mejar. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah KPD, Mej Jen Hj Abd Malik bin Hj Amid.

PEMAKAIAN PKT PEG JKP


SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF 1 PENGURUSAN JABATAN ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Pengurusan, Jab Arah KP telah diadakan di Bilik Bincang Jab Arah KP pada 3 Januari 2020. Majlis serah terima tugas antara Kol Mohamad Ismail bin Kamarudin dan Lt Kol Abdul Razak bin Hj Mohd Said. Majlis telah disaksikan oleh Pengarah KPD, Mej Jen Hj Abd Malik bin Hj Amid.

SERAH TERIMA TUGAS SO 1 PENGURUSAN JKP


UJIAN KEMAHIRAN KELAYAKAN INDIVIDU 7 KOMPENI ANGKUT KPD

JOHOR BHARU: Pada 12 Mac 2020, pasukan telah mengadakan Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) Ilmu Medan Perang (IMP), Ujian Pengendalian Senjata (UPS) dan Ujian Asas Membaca Peta pada tahun 2020 bagi menguji tahap kemahiran anggota pasukan. Antara perkara yang diuji ialah kedudukan menembak dan tindakan serta merta, orientasi peta dan lain-lain.

UKKI

Ilmu Medan Perang (IMP)

UKKI 3

Ujian Pengendalian Senjata (UPS)

UKKI 2

Ujian Asas Membaca Peta

 


UJIAN KECERGASAN ASAS 7 KOMPENI ANGKUT KPD

JOHOR BHARU: Pada 16 Januari 2020, pasukan telah mengadakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) Peringkat Pertama untuk tahun 2020 kepada semua peringkat anggota pasukan.

UKA


MAJLIS LEMBARAN AWAL TAHUN 2020 AHLI BAKAT 7 KOMPENI ANGKUT KPD

JOHOR BHARU: Pasukan telah menganjurkan Majlis Lembaran Awal 2020 bagi Ahli BAKAT pasukan pada 17 Januari 2020 iaitu dengan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Doa Selamat dan Ceramah bertajuk “Mengejar Barakah Suami” yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu PW II Lailaton Mastura binti Yaccoup, Penasihat Hal Ehwal Islam.

MAJLIS LEMBARAN BAKAT


PEMERIKSAAN PRA AUDIT ANUGERAH KESIAGAAN TEMPUR PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (AKPAT) MARKAS 7 BRIGED

JOHOR BHARU: Pada 11 Mac 2020, pemeriksaan Pra Audit Anugerah Kesiagaan Tempur Panglima Angkatan Tentera (AKPAT) bagi Tahun 2020 dari Tim Mk 7 Bgd, Kem Mahkota Kluang. Tim Audit yang dilantik telah membuat pemeriksaan mengikut kriteria yang ditetapkan seperti Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, Perkhidmatan Teras, Pengurusan Pelanggan dan Pengurusan MASt.

PEMERIKSAAN PRA AUDIT


PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA: Seramai 140 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) pasukan 73 Bn KPD terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Rejiman (SMR) Pasukan di Padang Kawad Pasukan pada 16 Mac 2020.

PERBARISAN SMR 73 BN


GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA: Pasukan 73 Bn KPD telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana Pasukan di Kem Terendak pada 13 Mac 2020 melibatkan 5 pegawai dan 90 anggota Lain-Lain Pangkat.Taklimat gotong-royong telah diberi oleh Penolong Pegawai Memerintah pasukan, Mejar Salman bin Sharif.

GOTONG ROYONG 73 BN


MESYUARAT AGUNG BAKAT SIRI 1/2020 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA: Mesyuarat Agung BAKAT 73 Bn KPD Tahun 2020 telah diadakan bertempat di Dewan Salim pada 7 Mac 2020. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT 73 Bn KPD, Puan Salinah binti Hj Polani yang dihadiri seramai 60 ahli. Mesyuarat bertujuan melantik barisan jawatankuasa baharu bagi tahun 2020 dan membincangkan aspek pengurusan dan pentadbiran termasuklah takwim program sepanjang tahun 2020.

MESYUARAT AGUNG BAKAT 73 BN KPD


UJIAN JALAN LAJU 5 KM 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA: Seramai 6 pegawai dan 120 anggota Lain-Lain Pangkat pasukan 73 Bn KPD telah melaksanakan Ujian Jalan Laju (UJL) 5 km di sekitar kawasan Kem Terendak pada 6 Mac 2020. UJL dilaksanakan bagi menguji kecergasan mental dan fizikal serta kemampuan daya tahan anggota.

UJL 73 BN


RHINOTHON SEMPENA HARI TENTERA DARAT KE-87 PERINGKAT MELAKA

MELAKA: Seramai 1500 warga Tentera Darat dan awam mengambil bahagian di dalam acara Larian Rhinothon sempena Hari Tentera Darat Ke-87 Peringkat Negeri Melaka pada 29 Februari 2020. 73 Bn KPD telah diberikan kepercayaan untuk mengajurkan larian RHINOTHON. Larian meliputi kawasan Tanjung Bidara, Pengkalan Balak dan juga kawasan Lapang Sasar di dalam kem. Bagi kategori Wanita telah dimenangi Kpl Wendy anak Bindan dari 73 Bn KPD. Turut sama mengambil bahagian ialah Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

RHINOTHON 73 BN KPD


UJIAN KECERGASAN ASAS PERDANA UJI KETAHANAN WARGA TRUP 3 DIVISYEN

MELAKA: Seramai 186 warga Trup 3 Divisyen di Kem Terendak mengambil bahagian di dalam Ujian Kecergasan Asas (UKA) Perdana Penggal 1 Tahun 2020 pada 4 Februari 2020. Program yang diadakan secara berkelompok dikendalikan oleh Cawangan Latih Markas 3 Div dan dibantu oleh pasukan 73 Bn KPD untuk pengurusan acara. Pelaksanaan UKA Perdana juga turut disertai oleh Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

UKA 73 BN KPD


UJIAN KELAYAKAN KEMAHIRAN INDIVIDU PERTOLONGAN CEMAS UJI KEUPAYAAN WARGA 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA: Seramai 250 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) pasukan 73 Bn KPD menduduki Ujian Pertolongan Cemas (UPC) pada 23 dan 24 Januari 2020 di Dewan Salim 73 Bn KPD. Ujian telah disediakan oleh tenaga pengajar dari Kompeni Perubatan Para (KPP).

UKKI 73 BN KPD


PERBARISAN KENDERAAN TRUP 3 DIVISYEN BUKTI KESIAPSIAGAAN

MELAKA: Sejumlah 57 buah kenderaan pelbagai jenis dari pasukan Trup Divisyen terlibat dalam Pemeriksaan Kenderaan 3 Div di Kem Terendak pada 22 Januari 2020. Sebanyak 8 x 3 tan, 5 tan, Dapur Medan dan Meal On Wheel terlibat dari 73 Bn KPD semasa perbarisan tersebut. Pemeriksaan tersebut yang dilaksanakan di kawasan Lapangan 12 Skn RAJD, Kem Terendak disempurnakan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim. Panglima 3 Div di dalam ucapan ringkasnya berharap agar setiap pasukan mengekalkan prestasi yang terbaik dari segi senggaraan dan kekemasan.

PERBARISAN KENDERAAN TRUP 73 BN KPD

 

PERBARISAN KENDERAAN TRUP 73 BN KPD 2


PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

Melaka: Seramai 5 pegawai dan 150 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 73 Bn KPD terlibat di dalam Perbarisan Pegawai Memerintah, Lt Kol Kamaruddin bin Dollah serta Upacara Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah antara Mej Nor Ardzlan bin Nor Anuar dengan Mej Salman bin Sharif di Padang Kawad Pasukan pada 9 Januari 2020. Perbarisan yang diketuai oleh Ketua Stesen Bomba Terendak, Mej Ridzuan bin Norman. Turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan seorang pegawai dan 6 anggota LLP yang dinaikkan pangkat.

PERBARISAN PEG MEM 73 BN KPD

Perbarisan Pegawai Memerintah

PERBARISAN PEG MEM 73 BN KPD 2

Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah 

PERBARISAN PEG MEM 73 BN KPD 3

Majlis Pemakaian Pangkat


UJIAN KEMAHIRAN KAWAD INDIVIDU 6 KOMPENI ANGKUT KPD

SUNGAI PETANI: Ujian Kemahiran Kawad Individu (UKKI) telah dilaksanakan pada 20 Januari 2020 bertempat di Padang Kawad 6 Komp Ang KPD. Seramai 75 anggota Lain-Lain Pangkat telah diuji dalam ujian ini. Tujuan ujian ini dilaksanakan untuk menilai tahap kemahiran kawad individu dan berkumpulan anggota pasukan.

UKKI 6 ANG


PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR 6 KOMPENI ANGKUT KPD

SUNGAI PETANI: Perbarisan Kompeni Sarjan Mejar (KSM) telah dilaksanakan pada 20 Januari 2020 bertempat di Padang Kawad 6 Kompeni Angkut KPD. Seramai 75 anggota Lain-Lain Pangkat yang terlibat dalam perbarisan ini. Perbarisan ini bertujuan untuk memantapkan tahap disiplin anggota pasukan.

PERBARISAN KSM 6 ANG


PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH 6 KOMPENI ANGKUT KPD

SUNGAI PETANI: Perbarisan Pegawai Pemerintah telah dilaksanakan pada 29 Januari 2020 bertempat di Padang Kawad 6 Kompeni Angkut KPD. Seramai 6 pegawai dan 93 anggota Lain-Lain Pangkat serta pekerja awam terlibat dalam perbarisan ini.  Perbarisan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin anggota pasukan.

perbarisan peg pem 6 kpd


PERBARISAN PEGAWAI TADBIR 6 KOMPENI ANGKUT KPD

SUNGAI PETANI: Perbarisan Pegawai Tadbir telah dilaksanakan pada 22 Januari 2020 melibatkan 3 pegawai dan 80 anggota Lain-Lain Pangkat. Perbarisan ini diadakan di Padang Kawad 6 Komp Ang KPD. Perbarisan ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalah anggota melibatkan dokumentasi anggota pasukan.

PERBARISAN PEG TADBIR 6 ANG

 


UPACARA PENYAMPAIAN CEK TABUNG KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA 6 KOMPENI ANGKUT KPD

SUNGAI PETANI: Upacara Penyampaian Cek Tabung Kebajikan Angkatan Tentera telah dilaksanakan pada 20 Mac 2020 bertempat di bilik Pegawai Pemerintah pasukan. Sumbangan ini telah diserahkan oleh Pegawai Pemerintah kepada anggota pasukan. Sumbangan bertujuan untuk membantu anggota yang memerlukan bantuan.

PENYAMPAIAN CEK TABUNG 6 ANG

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta

Jabatan Arah Kor Perkhidmatan
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
Tel: (60)3 2071 2871 | Faks: (60)3 2071 2871