BENDERA KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

BenderaKPD

 

BENTUK

Bentuk bendera adalah kombinasi tiga warna iaitu Kuning (Old Gold), Biru dan Perak. Bahagian tengah bendera terdapat lambang Kor untuk menunjukkan kemunculan imej Kor Perkhidmatan Diraja. Ukuran besar setiap petak warna ialah 620 mm lebar dan 900 mm tinggi.

WARNA

Warna Kuning (Old Gold) melambangkan kesetaan seluruh warga Kor kepada raja dan negara. Warna biru melambangkan identiti warga Kor yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Warna perak melambangkan setiap warga Kor sentiasa bersemangat setiakawan serta bersatu padu dalam menjalankan tugas.


SEJARAH

Sejarah penubuhan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) mempunyai hubungan rapat dengan British Royal Army Service Corps (RASC). Tradisi serta adapt isitiadat KPD adalah berasaskan RASC dan ianya termasuk corak dan bentuk bendera KPD.

Warna asal kain bendera KPD ialah warna kuning emas, biru tua dengan lambang kor di tengahnya dan putih. Bendera ini dijahit menegak mengikut susunan dari kiri ke kanan.

Mengikut sejarah, RASC memilih warna biru kerana ia adalah bersempena dengan warna pakaian seragam anggota RASC manakala warna putih diambil dari warna tampuk kereta api tentera British pada masa itu. Warna kuning emas pula adalah bersamaan dengan warna jalur kuning yang dijahit pada pakaian seragam pada ketika itu. Disamping itu tujuan utama menambah warna kuning ialah untuk menyerikan rupa bentuk bendera dan untuk memberi perbezaan warna pada bendera tersebut.

Pada permulaannya warna bendera RASC ialah biru di sebelah pangkal bendera dan putih di sebelah luar. Walau bagaimanapun selepas perang dunia pertama corak warna telah ditukar kepada warna putih di sebelah pangkal bendera dan biru dihujungnya. Pada tahun 1945, satu ketetapan telah dibuat yang menegaskan bahawa jika sesuatu bendera ini ialah warna putih perak. Mengikut Hukum ’Heraldry’ logam tidak boleh ditindankan keatas logam. Ini bermakna lambang Kor yang berupa emas tidak boleh diletakkan diatas perak.

Bagi mengatasi masalah tersebut, mulai tahun 1952 warna bendera RASC telah ditetapkan mengandungi 3 warna iaitu warna kuning emas pada pangkal bendera, warna biru di tengah di mana terletaknya lambang Kor yang berupa emas dan warna putih dibahagian hujung bendera.

Berlandaskan sejarah bendera RASC, Bendera Kor Perkhidmatan Diraja adalah sama warna dan bentuknya dengan bendera RASC. Perbezaan hanyalah pada lambang dimana lambang Kor Perkhidmatan Diraja digunakan.