TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KOR

KPD mempunyai kepelbagaian fungsi yang berbeza dengan kor bantuan logistik yang lain. Konsep penugasan KPD adalah merangkumi aspek yang lebih meluas dan menyeluruh yang didukung oleh fungsi-fungsi utama seperti berikut:

 

a.   Menyediakan perkhidmatan pengangkutan barisan kedua, ketiga dan keempat bagi TD.

 

b.   Menyediakan bekalan Rangsum ATM meliputi rangsum segar dan rangsum kering.

 

c.   Menyediakan bekalan PMP samada melalui Stesen PMP TD atau secara berbungkus.

 

d.   Menyediakan perkhidmatan katering dan anggota-anggota yang terlatih dalam bidang katering.

 

e.   Menyediakan perkhidmatan HU samada melalui pengguguran ringan dan berat, anduh bawah atau pendaratan.

 

f.   Menguruskan aspek perkhidmatan pergerakan logistik melalui pengangkutan darat, laut dan udara.

 

g.   Menyediakan perkhidmatan bomba dari segi tugas memadam kebakaran domestik dan menyelamat.

 

h.   Menyediakan kemahiran latihan di PULMAT dalam aspek-aspek seperti berikut:

 

(1)  Pengurusan dan pemanduan Kenderaan Jenis B.

 

(2)  Pengurusan bekalan Rangsum ATM dan PMP.

 

(3)  Pengurusankatering.

 

(4)  Pengurusan bantuan melalui HU.

 

(5)  Pengurusan pergerakan logistik dan anggota.

 

Disamping melaksanakan fungsi-fungsi utama yang telah dinyatakan seperti diatas, KPD juga tidak terkecuali dalam melaksanakan fungsi-fungsi sekunder seperti berikut: 

 

a.   Menempatkan pegawai dan anggota dibawah misi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB).

 

b.   Memberikan perkhidmatan sajian bagi acara keagamaan samaada diperingkat ATM mahupun Kementerian.

 

c.   Memberikan perkhidmatan selaku jawatankuasa pengangkutan bagi pameran pertahanan seperti Defence Service Asia (DSA) mahupun Langkawi International Maritime Aerospace (LIMA).

 

d.   Menempatkan pegawai dan anggota di Institusi Diraja dan kediaman-kediaman rasmi kerajaan.

 

Jab Arah KP adalah merupakan agensi perlaksana utama yang bertanggungjawab di dalam menentukan pelaksanaan semua peranan dan fungsi KPD Sementara itu, MK Log TD - Kumpulan KP pula bertanggungjawab dalam melaksanakan pemantauan dan kawalan terhadap aspek-aspek teknikal KPD. Oleh yang demikian, organisasi-organisasi yang menjadi teras kepada KPD ialah Jab Arah KP, MK Log TD -Kump KP, Sel KP Div dan Bn KPD. Dalam konteks rejimental, peranan Jab Arah KP adalah seperti berikut:

 

a.   Merancang semua aktiviti rejimental KPD.

 

b.   Menasihati Jawatankuasa Kor berkaitan dengan adat resam, tradisi, rejimental dan dasar kor.

 

c.   Mengeluarkan dasar dan arahan berkaitan dengan aspek rejimental kor.

 

d.   Mengawal dan menyelia aspek kewangan tabung kor.

 

e.   Hal-hal lain yang berkaitan dengan aspek rejimental dan adat resam kor.