PENGARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-20

CETAK BRIG JEN AZIZ ABU HASSAN2.jpg

 

Brig Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan (3004254) merupakan Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja Ke-20. Beliau dilahirkan pada tanggal 29 Jun 66 di Tanjung Kling. Melaka. Pada 1 Okt 85 beliau telah memulakan kerjaya di dalam Angkatan Tentera Malaysia apabila telah terpilih untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet, Sebatang Karah, Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau telah ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan Diraja pada 4 Okt 86 dengan pangkat Lt M dan memegang jawatan Ket Pl di 9 Komp Angkut KPD, Kem Sg Besi, Kuala Lumpur. Sepanjang karier beliau, Brig Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan telah menjawat beberapa jawatan penting sama ada di dalam Kor mahupun ATM/TD, antaranya:

 

  • Brig Jen - Pengarah KPD, MK TD-Jab KPD
  • Kol         - Ketua Staf, MPLTD

                         - Ketua Bahagian Pengurusan, Wisma Perwira ATM

  • Lt Kol     - Juruarah, MTAT

                         - PS 1 KP, MK 3 Div

                         - Peg Mem, 93 Bn KPD

  • Mej        - PS 2 Dasar, MK TD-OPLAT

                         - Peg Pem, Komp Angkut 73 Bn KPD

                         - Ketua Bhg Tadbir, PULMAT

                         - Ketua Cw Rej 1, PULMAT

  • Kapt      - Peg Staf Tetap, 13 Komp Angkut (AW)

                         - Peg KP Bgd, MK 21 GGK

                        - Peg Pem, 5 Pl Bek

                        - Peg Pem, 671 Transit KK

  • Lt          - Ket Pl, Kom KPD 5 Bgd
  • Lt M      - Ket Pl, 9 Komp Angkut KPD

         

Brig Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan telah menghadiri pelbagai kursus antaranya adalah Kursus Tempur Pegawai Muda, Peg Muda KP, Asas Payung Terjun, Kapten KP dan Taktik Semua Pasukan. Di dalam bidang akademik pula, beliau memiliki kelulusan Diploma Pentadbiran Awam (UiTM), Ijazah Chartered Institute Of Logistic And Transport (CMILT)(UITM), Sarjana Pengurusan (UM), dan Sarjana Kajian Dasar dan Strategik Pertahanan (UKM).

 

Sebagai menghargai jasa bakti beliau dalam negara dan perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (BCK), Pingat Jasa Malaysia (PJM), Ahli Mangku Negara (AMN), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bintang Cemerlang Melaka (BCM). Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Puan Halimah binti Abd Halim dan telah dikurniakan dengan lima orang cahaya mata, empat putera dan seorang puteri. Seluruh warga KPD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Brig Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan di atas pelantikannya sebagai Pengarah KPD yang Ke-20.