PERTANDINGAN BOWLING PASUKAN 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

KUALA LUMPUR: Pasukan telah mengadakan Pertandingan Bowling peringkat pasukan pada 11 Mac 2020 bertempat di Pusat Bowling Universiti Teknologi Malaysia Cawangan Space, Kuala Lumpur. Pertandingan ini melibatkan semua peringkat pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat pasukan.

BOWLING 91 DBP


LATIHAN KEBAKARAN PASUKAN 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

KUALA LUMPUR: Pasukan mengadakan Latihan Kebakaran pada 18 Februari 2020 bertempat di hadapan Gudang Jabatan Atur Tugas Pengeluaran melibatkan anggota bomba dari Stesen Bomba Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen.

LATIHAN KEBAKARAN 91 DBP


UJIAN KELAYAKAN KEMAHIRAN INDIVIDU 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

BATU CAVES: UKKI – Fardhu Ain telah dilaksanakan pada 21 Januari 2020 melibatkan anggota yang layak diuji iaitu Mej dan ke bawah seramai 9 pegawai dan 63 Lain-Lain Pangkat bertempat di Surau Saidina Abu Bakar, 91 DBP KPD.

UKKI 91 DBP


UJIAN JALAN LAJU PASUKAN 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

KUALA LUMPUR: Pasukan mengadakan Ujian Jalan Laju 5 km pada 20 Januari 2020 bertempat di sekitar kawasan Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur iaitu melibatkan 5 pegawai dan 57 Lain-Lain Pangkat pasukan.

JALAN LAJU 91 DBP


UJIAN KECERGASAN ASAS PENGGAL 1/2020 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

BATU CAVES: UKA Penggal 1/2020 pada 10 Februari 2020 bertempat di perkarangan Dewan Dato’ Yaakob 91 DBP KPD. Seramai 5 pegawai dan 64 anggota Lain-Lain Pangkat terlibat. Ujian melibatkan larian 2.4 km, Bangkit Tubi dan Tekan Tubi mengikut catatan lulus masa ujian yang telah ditetapkan.

UKA 91 DBP


LAWATAN PENGERUSI BAKAT KE RUMAH AHLI BAKAT 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

KUALA LUMPUR: Lawatan kebajikan telah diadakan pada 14 Mac 2020 bertempat di Blok JP&P A&W 15, Pintu 5, Kem Batu Kentonmen, Jln Ipoh, 51200, Kuala Lumpur. Pengerusi BAKAT pasukan bersama 7 ahli lain turut hadir melawat ahli yang cedera akibat mengalami kecederaan. Pengerusi telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban.

LAWATAN PENGERUSI BAKAT


LAWATAN PASUKAN KE KELUARGA ANGKAT BAGI ANGGOTA TUMPANGAN DI 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

KUALA LUMPUR: Pasukan telah mengadakan lawatan ke rumah anggota KPD yang terlibat dalam Misi MALBATT 850- 7 pada 31 Januari 2020 bertempat di Blok D-10-4, RKAT DTHO, Jalan Jelatek, 54200, Kuala Lumpur iaitu isteri kepada 1166300 Kpl Mad Saini bin Tutu yang merupakan pasukan asal di 7 Kompeni Angkut KPD

LAWATAN PASUKAN KE KELUARGA 91 DBP


MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

BATU CAVES: Mesyuarat Kebajikan Siri 1/2020 telah diadakan pada 11 Mac 2020 bertempat di Dewan Dato’ Yaakob 91 DBP KPD. Kekuatan mesyuarat terdiri daripada 11 Pegawai dan 67 Lain-Lain Pangkat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah pasukan, Lt Kol Afiha binti Hussin.

MESYUARAT KEBAJIKAN 91 DBP


PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

BATU CAVES: Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota LLP KPD pasukan 91 DBP KPD telah diadakan pada 4 Mac 2020 bertempat di hadapan Bilik Mesyuarat 91 DBP KPD. Perbarisan melibatkan 11 Peg, 62 LLP dan 32 anggota awam pasukan. Perbarisan tersebut melibatkan pemakaian pangkat anggota LLP KPD daripada Staf Sarjan ke Pemangku Pegawai Waren lI dan Koperal ke Sarjan. Pegawai Memerintah juga mengucapkan tahniah dan syabas semasa ucapannya.

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT 91 DBP


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI OPERASI 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

BATU CAVES: Pasukan telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Operasi Unit Pengurusan Penyediaan Katering (UPPK) 91 DBP KPD bertempat di Bilik Mesyuarat 91 DBP. Majlis Serah Terima Tugas antara Kapt Siti Nur Hidayah binti Abdullah kepada Kapt Hafiz bin Mohd Khialdin telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah pasukan, Lt Kol Afiha binti Hussin.

SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI OPERASI 91 DBP


MAJLIS BACAAN YAASIN DAN QIAMULLAIL 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

BATU CAVES: Majlis Bacaan Yaasin dan Qiamullail 91 DBP KPD diadakan pada 16 Januari 2020 melibatkan 12 pegawai dan 64 anggota Lain-Lain Pangkat bertempat di Surau Saidina Abu Bakar 91 DBP KPD. Penceramah jemputan adalah Ustaz Mohd Naim bin Shahrom daripada STAY ATM.

BACAAN YAASIN DAN QIAMULLAIL 91 DBP


PERBARISAN AJUTAN PASUKAN 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

BATU CAVES: Perbarisan Ajutan 91 DBP KPD telah diadakan pada 11 Mac 2020 bertempat di Hadapan Bilik Mesyuarat pasukan. Kekuatan perbarisan adalah seramai 2 pegawai dan 63 anggota Lain-Lain Pangkat.

PERBARISAN AJUTAN 91 DBP


PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN PASUKAN 91 DEPOH BEKALAN PUSAT KPD

BATU CAVES: Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen 91 DBP KPD, PW II Muhamad Helmi bin Yaakob @ Abdul Rahim telah diadakan bertempat di Hadapan Bilik Mesyuarat pasukan pada 9 Mac 2020. Kekuatan perbarisan adalah seramai 61 anggota Lain-Lain Pangkat. 

PERBARISAN SMR 91 DBP


MESYUARAT AGONG BAKAT PASUKAN WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Seramai 31 ahli bakat pasukan telah terlibat dalam Mesyuarat Agong Bakat Peringkat Pasukan Pada 29 Februari 2020 di Dewan Seroja. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Isteri Pegawai Memerintah Pasukan, Puan Norziyati bte Hj Abdullah.

BAKAT WTKL


MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Kol Ahmad Faiezzelan bin Abdul Karim, Pegawai Memerintah telah mempengerusikan Mesyuarat Kebajikan Pasukan di Dewan Tanjong pada 17 Februari 2020 yang melibatkan 7 pegawai dan 51 anggota Lain-Lain Pangkat.

MESYUARAT KEBAJIKAN WTKL


UJIAN FARHU AIN PASUKAN WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Seramai 8 pegawai dan 51 anggota Lain-Lain Pangkat pasukan telah menjalani Ujian Fardhu Ain bagi penggal pertama yang telah diadakan sebanyak 2 sesi iaitu 28 Februari dan 6 Mac 2020 bertempat di Surau Pasukan.

UJIAN FARDU AIN WTKL


UJIAN KECERGASAN ASAS PENGGAL PERTAMA PERINGKAT PASUKAN WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Menjadi kelaziman sebagai askar lasykar terlatih untuk kekal cergas. Seramai 8 pegawai dan 51 anggota Lain-Lain Pangkat pasukan telah menjalani UKA ini di Taman Tasek Titiwangsa pada 13 Februari 2020. Ujian Turut dihadiri oleh Kol Ahmad Faiezzelan, Pegawai Memerintah Pasukan.

UKA WTKL


LATIHAN UJIAN KAWAD KEMAHIRAN INDIVIDU PASUKAN WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Seramai 51 anggota Lain-Lain Pangkat pasukan telah terlibat secara langsung di dalam ujian ini yang telah diadakan di Padang Kawad Rejimen 515 Askar Wataniah pada 29 dan 30 Januari 2020. Latihan ini bertujuan menerapkan sikap disiplin kepada setiap anggota. Turut dihadiri Pemangku RSM pasukan, PW II Firdaus Syawal bin Salleh.

LATIHAN UJIAN KAWAD WTKL


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Pemakaian Pangkat Pegawai dari Kapten ke Pemangku Mejar telah dilaksanakan di Dewan Teratai, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 1 Januari 2020 yang disempurnakan oleh Kol Ahmad Faiezzelan bin Abdul Karim, Pegawai Memerintah Pasukan. Turut dihadiri Ketua Bahagian Pengurusan Wisma Perwira ATM, Kol Hj Abdul Jalil bin Hj Ramli.

PEMAKAIAN PANGKAT PEG WTKL


PERBARISAN PEGAWAI TADBIR WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Seramai 5 pegawai dan 51 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Tadbir Pasukan pada 6 Februari 2020 di Padang Kawad Rejimen 515 Askar Wataniah. Turut hadir Kol Ahmad Faiezzelan bin Abdul Karim, Pegawai Memerintah Pasukan.

PERBARISAN SMR WTKL


UPACARA SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Seramai 8 pegawai dan 51 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dalam Upacara Serah Terima Tugas SMR Pasukan antara PW I Kamarul Nizam bin Rusli dan PW II Firdaus Syawal bin Salleh pada 8 Januari 2020 di Padang Kawad Rejimen 515 Askar Wataniah. Upacara ini disaksikan oleh Kol Ahmad Faiezzelan bin Abdul Karim, Pegawai Memerintah Pasukan.

SERAH TERIMA TUGAS SMR WTKL


PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR: Seramai 6 Pegawai Tidak Tauliah Kanan dan 45 Pegawai Tidak Tauliah Rendah telah terlibat dalam Perbarisan SMR Pasukan pada 8 Januari 2020 di Padang Kawad Rej 515 Askar Wataniah yang telah diketuai oleh 1128200 SSjn Donny Duit.

PERBARISAN SMR WTKL


SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MARKAS PEMERINTAHAN LOGITIK TENTERA DARAT

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MK Log TD) telah dilaksanakan di Dewan Syarahan MK Log TD pada 6 Januari 2020. Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas diantara Brig Jen Ezani Abdullah dan Kol Mohamad Ismail Kamarudin disaksikan oleh Panglima Log TD, Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Jaafar.

SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF


MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL SEMPENA HARI ULANG TAHUN PEMERINTAHAN LOGISTIK TENTERA DARAT KE 26

SUNGAI BESI: Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohamad bin Rahmat telah menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental sempena Sambutan Hari Ulang Tahun PLDTD Ke-86 yang telah dilaksanakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi pada 14 Mac 2020. Majlis dihadiri oleh 286 pegawai serta pasangan. Anggota UPPK Kompeni Komposit MK PLDTD telah dipertanggungjawabkan sebagai pramusaji pada majlis tersebut.

MAKAN MALAM REJIMENTAL HUT


PERBARISAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT KE-87 PERINGKAT MARKAS PEMERINTAHAN LATIHAN & DOKTRIN TENTERA DARAT

PORT DICKSON: Seramai 157 pegawai dan 3425 anggota Lain-Lain Pangkat dari pelbagai Kor dan Rejimen Tentera Darat terlibat dalam perbarisan ini yang telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Latihan, Brig Jen Dato’ Nazari bin Abd Hadi bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat pada 1 Mac 2020. Anggota KP pasukan Nuk Komp Komposit PLDTD turut terlibat didalam perbarisan ini.

PERBARISAN HUT


PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN PEMERINTAHAN LATIHAN & DOKTRIN TENTERA DARAT

PORT DICKSON: Program Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun Pemerintahan Latihan Doktrin Tentera Darat ke-26 telah dilaksanakan bertempat di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat anjuran bersama Pusat Darah Negara dan PLDTD pada 15 Februari 2020. Seramai 75 Pegawai dan 1,146 anggota Lain-Lain Pangkat mendaftar dalam program tersebut terdiri daripada staf PLDTD, jurulatih dan penuntut pusat latihan di bawah naungan PLDTD Zon Port Dickson dan pasukan Nuk Komp Komposit PLDTD turut terlibat dalam program tersebut. Program ini merupakan usaha PLDTD khusus dalam membantu memenuhi keperluan Pusat Darah Negara.

DERMA DARAH


UJIAN JALAN LAJU 5 KM NUKLEUS KOMPENI KOMPOSIT PLDTD

PORT DICKSON: Latihan Ujian Jalan Laju (UJL) 5 km peringkat pasukan telah diadakan secara berperingkat mulai 12 Februari hingga 4 Mac 2020 yang lalu. Latihan ini melibatkan seluruh warga pasukan Nuk Komp Komposit yang terdiri dari 5 Pegawai dan 92 anggota Lain-Lain Pangkat. Turut terlibat Mej Mashitah binti Mukhtar, Peg Pem Nuk Komp Komposit PLDTD.

UJIAN JALAN LAJU 5 KM


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA NUKLEUS KOMPENI KOMPOSIT PLDTD

PORT DICKSON: Upacara Pemakaian Pangkat anggota Lain-Lain Pangkat KPD ini telah disempurnakan oleh Mej Mashitah binti Mukhtar, Pegawai Pemerintah Nuk Kom Komposit PLDTD pada 18 Februari 2020 di Dewan Serbaguna MK PLDTD. Anggota yang terpilih telah dinaikkan ke pangkat Lans Koperal ke Koperal dan Koperal ke Pangkuan Sarjan.

PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA


PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH NUKLEUS KOMPENI KOMPOSIT PLDTD

PORT DICKSON: Seramai 5 pegawai dan 92 anggota Lain-Lain Pangkat KPD telah terlibat untuk Upacara Perbarisan Pegawai Pemerintah Pasukan pada 18 Februari 2020 bertempat di Dataran Nuk Komp Komposit Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan. Perbarisan telah disempurnakan oleh Mej Mashitah binti Mukhtar, Pegawai Pemerintah Nuk Komp Komposit PLDTD.

PERBARISAN PEGAWAI


LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH ANGGOTA OLEH BAKAT MARKAS PEMERINTAHAN LATIHAN & DOKTRIN TENTERA DARAT

PORT DICKSON: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Nuk Komp Komposit PLDTD telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah anggota bagi memberikan sedikit sumbangan kepada anak anggota. Lawatan ini telah dilaksanakan pada 25 Januari 2020 yang turut disertai oleh Pengerusi BAKAT PLDTD iaitu Datin Ramlah binti Dawi.

BAKAT MPLDTD

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta

Jabatan Arah Kor Perkhidmatan
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
Tel: (60)3 2071 2871 | Faks: (60)3 2071 2871