PENGANUGERAHAN DIRAJA DAN PANJI-PANJI

Kor Perkhidmatan Diraja telah dianugerahkan gelaran Diraja pada 7 Jun 1997 oleh Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong bersempena dengan Hari Ulangtahun Keputeraan Baginda yang ke 75 tahun. Acara penganugerahan ini telah diadakan di Stadium Merdeka di dalam satu perbarisan penuh istiadat ketenteraan.

Kontijen perbarisan KPD diketuai oleh Mej Razali bin Bakar dan dibantu oleh Kapt Zan bin Abdullah serta 35 Anggota Lain-lain Pangkat.

Watikah gelara Diraja yang dianugerahkan kepada Kor Perkhidmatan Diraja

Perbarisan Panji

Kolonel Abdul Majid bin Daudsha ketika menerima watikah gelaran Diraja daripada SPB Yang DiPertuan Agong

Antara Pegawai pegawai  KPD  yang hadir  semasa Penganugerahan Panji panji dan Watikah Diraja pada tanggal   7 Jun 1997

Pegawai dan Anggota Lain lain Pangkat KPD yang hadir dan menyertai perbarisan Penganugerahan Panji panji dan Watikah Diraja pada tanggal 7 Jun 1997