PULAU PINANG: Pasukan 72 Bn KPD telah terlibat dalam Pameran Aset Tentera Darat peringkat 2 Divisyen sempena Hari Tentera Darat yang Ke-87 bermula 29 Februari 2020 sehingga 1 Mac 2020 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Mejar Muhamad Harris bin Yusop dan Lt Zamieratul Akhma bte Zamri serta 20 anggota Lain-Lain Pangkat daripada pasukan ini telah terlibat secara langsung dalam acara tersebut.