MAJLIS PENUTUP KURSUS INTENSIF AL-QURAN PERINGKAT 6 BGD

SUNGAI PETANI: Majlis Penutup Kursus Intensif Al-Quran peringkat 6 Bgd telah dilaksanakan pada 16 Februari 2020 bertempat di Masjid An-Naim, Kem Lapangan Terbang. Pasukan 6 Komp Ang KPD selaku pasukan penganjur kursus tersebut. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan dalam bacaan Al-Quran. Majlis Penutup Kursus Intensif Al-Quran peringkat 6 Bgd telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pegawai Pemerintah pasukan 6 Komp Ang KPD.

MAJLIS PENUTUP KURSUS INTENSIF AL QURAN 6 ANG


PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PEMERINTAH 6 KOMPENI ANGKUT KPD

SUNGAI PETANI: Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Pemerintah 6 Kompeni Angkut KPD, Mej Farul Adila binti Kassim telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Panglima 6 Briged pada 10 Januari 2020 bertempat di Kem 6 Briged.

PEMAKAIAN PANGKAT PEG PEMERINTAH 6 ANG


MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN 6 KOMPENI ANGKUT KPD

SUNGAI PETANI: Mesyuarat Kebajikan Pasukan Siri 1/2020 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Pasukan pada 29 Januari 2020. Mesyuarat ini melibatkan 6 pegawai dan 85 anggota Lain-Lain Pangkat. Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk mengenalpasti masalah anggota serta meningkatkan tahap pentadbiran pasukan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Pemerintahpasukan.

MESYUARAT KEBAJIKAN 6 ANG


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT 6 KOMPENI ANGKUT KPD

SUNGAI PETANI: Pasukan 6 Komp Ang KPD telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Bakat 6 KPD pada 9 Februari 2020 bertempat di Rumah Bakat Pasukan. Seramai 60 ahli Bakat hadir dalam menjayakan majlis tersebut.

SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT 6 ANG


HARI PENGAJIAN PASUKAN 6 KOMPENI ANGKUT KPD

SUNGAI PETANI: Hari Pengajian Pasukan telah dilaksanakan di Bilik Kuliah Pasukan pada 12 Februari 2020. Seramai 3 pegawai dan 40 anggota Lain-Lain Pangkat hadir dalam pengajian tersebut. Tujuan Hari Pengajian ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada anggota berkenaan Angkut Di Medan. Kelas ini disampaikan oleh Kapten Hafiz Ketua Platun Bekalan Alor Setar.

HARI PENGAJIAN 6 ANG


PERTANDINGAN BOWLING PERINGKAT PASUKAN 8 KOMPENI ANGKUT KPD

KOTA BHARU:  Pertandingan Bowling bagi Kelab Taming Sari Pasukan 8 Kompeni Angkut KPD telah dilaksanakan di Billion Kota Bharu, Kelantan pada 11 Mac 2020. Pertandingan ini disertai seramai 3 pegawai dan 28 anggota Lain-Lain Pangkat. Pertandingan ini bertujuan untuk mengekalkan tahap riadah pasukan dan ikatan silaturahim diantara pegawai dan anggota.

PERTANDINGAN BOWLING 8 ANG


UJIAN KELAYAKAN KEMAHIRAN INDIVIDU PERINGKAT PASUKAN 8 KOMPENI ANGKUT KPD

KOTA BHARU: Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) Ilmu Medan Perang (IMP) dan Baca Peta telah dilaksanakan di Garaj Pasukan 8 Komp Ang KPD. Seramai 79 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dalam UKKI ini. 3 anggota Jurulatih yang berpengalaman daripada pasukan Batalion ke 5 Rejimen Renjer Diraja. UKKI ini bertujuan untuk memastikan setiap anggota mengetahui dalam melaksanakan tugasan semasa operasi dan latihan.

UKKI 8 ANG


MESYUARAT AGONG BAKAT PASUKAN 8 KOMPENI ANGKUT KPD

KOTA BHARU:  Mesyuarat Bakat telah dilaksanakan pada 6 Mac 2020 di Rumah BAKAT Pasukan 8 Komp Ang KPD yang mana telah dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT iaitu Puan Juhasmawati binti Mohamad Juhari. Seramai 65 anggota Bakat pasukan telah hadir bagi memeriahkan lagi mesyuarat.

MESYUARAT AGONG BAKAT 8 ANG


PERBARISAN PEGAWAI TADBIR PASUKAN 8 KOMPENI ANGKUT KPD

KOTA BHARU: Perbarisan Pegawai Tadbir Pasukan 8 Komp Ang KPD telah dilaksanakan pada 27 Febuari 2020 bagi penggal pertama tahun 2020. Seramai seorang pegawai dan 116 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dalam perbarisan ini. Perbarisan ini telah dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan 8 Kompeni Angkut KPD.

PERBARISAN PEG TADBIR 8 ANG


PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA 8 KOMPENI ANGKUT KPD

KOTA BHARU: Majlis Pemakaian Pangkat telah dilaksanakan di Pejabat Pegawai Pemerintah pada 26 Februari 2020. Majlis Pemakaian Pangkat ini melibatkan pemakaian pangkat Kompeni Sarjan Mejar (KSM) dan Pemangku Sarjan. Majlis Pemakaian Pangkat ini disempurnakan oleh Mej Mohd Alwi bin Yunus, Pegawai Pemerintah pasukan dan diserikan lagi dengan kehadiran pasangan masing-masing.

PEMAKAIAN PANGKAT 8 ANG


UJIAN KEMAHIRAN MERENTAS HALANGAN DAN KAWAD (UKMHK) PERINGKAT 8 BRIGED

KOTA BHARU:  Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK) Peringkat 8 Briged telah dilaksanakan mulai 13 hingga 20 Februari 2020. Seorang pegawai dan 34 anggota Lain-Lain Pangkat telah mengikuti pertandingan yang dilaksanakan di Padang Kawad Batalion ke 16 RAMD dan di Lapang Sasar Bukit Merbau, Kota Bharu, Kelantan.

UKMHK 8 ANG


LAWATAN BAKAT PASUKAN 8 KOMPENI ANGKUT KPD

KOTA BHARU: BAKAT Pasukan 8 Komp Ang KPD telah melaksanakan aktiviti BAKAT pada 24 Januari 2020. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk meraikan ahli BAKAT mengikut suami bertukar keluar, lawatan BAKAT tumpangan suami PBB Malbat, dan lawatan anggota bersalin. Aktiviti ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengekalkan silaturahim ahli.

LAWATAN BAKAT 8 ANG


PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR 8 KOMPENI ANGKUT KPD

KOTA BHARU: Perbarisan Kompeni Sarjan Mejar (KSM) telah dilaksanakan pada 13 Januari 2020 bagi penggal pertama tahun 2020. Seramai 22 PTTK dan 93 PTTR telah terlibat dalam perbarisan ini. Perbarisan ini telah dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan 8 Komp Ang KPD. Perbarisan ini bertujuan bagi memastikan setiap anggota bertujuan bagi memastikan setiap anggota sentiasa dalam keadaan berdisplin.

PERBARISAN SMR 8 ANG


CERAMAH PSIKOLOGI DAN KAUNSELING DARIPADA PIHAK KIAS DI 8 KOMPENI ANGKUT KPD

KOTA BHARU: Ceramah Psikologi dan Kaunseling peringkat pasukan 8 Komp Ang KPD telah dilaksanakan pada 9 Januari 2020 bertempat di Dewan Sri Desa, 8 Komp Ang KPD, Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan. Penceramah jemputan adalah daripada KIAS Kota Bharu, Kelantan. Seramai 3 pegawai dan 92 Lain-Lain Pangkat telah mengikuti ceramah ini. Ceramah ini bertujuan untuk bagaimana seseorang individu mengenalpasti permasalahan dan cara untuk mengatasinya mengikut keadaan semasa.

CERAMAH 8 ANG


MESYUARAT KEBAJIKAN 9 KOMPENI ANGKUT KPD

SIBU: Mesyuarat Kebajikan pasukan Tahun 2020 telah diadakan pada 18 Mac 2020 di Bilik Gerakan Pasukan. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua peringkat pegawai dan anggota pasukan.

MESYUARAT KEBAJIKAN 9 ANG


LAWATAN PENGERUSI BAKAT 9 KOMPENI ANGKUT KPD

SIBU: Pengerusi BAKAT 9 KPD, Puan Nooramira binti Abu Bakar telah membuat Lawatan Kebajikan kepada ahli BAKAT pasukan pada 6 Februari 2020 di Hospital Sibu, Rejang Specialist dan Kuarters Kem Rascom. Lawatan bertujuan mengurangkan beban yang dipikul oleh ahli BAKAT pasukan.

LAWATAN PENGERUSI BAKAT 9 KPD


PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA 9 KOMPENI ANGKUT KPD

SIBU: Majlis Pemakaian Pangkat Anggota 9 KPD telah diadakan serentak dengan Perbarisan Pegawai Pemerintah pada 16 Januari 2020 di padang kawad Pasukan. Kenaikkan adalah Sarjan ke pangkat Pangkuan Staf Sarjan manakala Koperal telah dinaikkan pangkat ke Pangkuan Sarjan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Pasukan, Kapt Mohamad Hafiz bin Abd Latib.

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT 9 ANG


PERTANDINGAN UJIAN KEMAHIRAN MEREMPUH HALANGAN DAN KAWAD PERINGKAT PANGLIMA MEDAN TIMUR TENTERA DARAT TAHUN 2020

KUCHING: Seorang pegawai dan 15 anggota Lain-Lain Pangkat dari 9 Kompeni Angkut KPD telah mewakili Tim Bantuan Khidmat 9 Briged dalam Pertandingan Ujian Kemahiran Merempuh Halangan dan Kawad (UKMHK) PMTTD Tahun 2020 yang berlangsung pada 16 sehingga 19 Mac 2020 di Kem Penrissen Baru, Kuching Sarawak. Tim Bantuan Khidmat 9 Briged telah mendapat Tempat Kedua untuk kategori Bantuan Khidmat.

SERAH PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI 9 ANG


PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT PMTTD TAHUN 2020

SIBU: 3 anggota Lain-Lain Pangkat dari 9 Kompeni Angkut KPD telah dipilih untuk mewakili Tim Bola Sepak 9 Briged untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak PMTTD tahun 2020. Pemain perlu melaksanakan sesi pemilihan terlebih dahulu dan hanya pemain yang terbaik telah dipilih untuk mewakili formasi 9 Briged. Pertandingan telah berlangsung pada 9 sehingga 12 Mac 2020 di Padang Bola Kem Muara Tuang, Kuching.

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 ANG


UJIAN PENGENDALIAN SENJATA (UPS) 9 KOMPENI ANGKUT KPD

SIBU: Ujian Pengendalian Senjata (UPS) telah dilaksanakan pada 22 Januari 2020 bertempat di Garaj Kenderaan 9 Kompeni Angkut KPD. Seramai 76 anggota yang berpangkat Koperal dan ke bawah telah diuji. Ujian ini dilaksanakan agar anggota sentiasa mengingati tatacara membuka dan memasang senjata.

UPS 9 ANG


UJIAN KECERGASAN ASAS 9 KOMPENI ANGKUT KPD

SIBU: Ujian Kecergasan Asas (UKA) Penggal Pertama tahun 2020 telah dilaksanakan pada 14 Januari 2020 di Padang Kawad Kem Rascom. Seramai 3 pegawai dan 104 anggota Lain – Lain Pangkat telah diuji. Ujian ini dilaksanakan untuk menilai tahap kecergasan setiap warga tentera agar mereka akan sentiasa berada pada tahap fizikal dan mental yang terbaik.

UKA 9 ANG


UJIAN JALAN LAJU 9 KOMPENI ANGKUT KPD

SIBU: Pasukan 9 KPD telah menjalankan Ujian Jalan Laju (UJL) 5 km pada 30 Januari 2020 bertempat di Kampung Kemuyang. 3 pegawai dan 75 anggota Lain-Lain Pangkat telah menjalankan UJL tersebut. UJL dilaksanakan untuk memupuk semangat setiakawan dan kerjasama antara satu sama lain.

UJL 9 ANG


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH 9 PLATUN BEKALAN KPD

SIBU: Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 9 Platun Bekalan KPD telah diadakan di Padang Kawad 9 Kompeni Angkut KPD pada 16 Januari 2020. Kapt Muhammad Rusydi bin Mustafa Kamal telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Pemerintah 9 Platun Bekalan kepada Kapt Mohd Fazrul Hisyam dan disaksikan oleh Pegawai Pemerintah 9 KPD, Kapt Mohamad Hafiz bin Abd Latib.

SERAH TERIMA TUGAS 9 PL BEK


PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH 9 KOMPENI ANGKUT KPD

SIBU: Perbarisan Pegawai Pemerintah 9 KPD telah diadakan pada 16 Januari 2020 bertempat di Padang Kawad Pasukan. Perbarisan ini terdiri daripada 2 pegawai dan 86 anggota Lain-Lain Pangkat.

PERBARISAN PEG PEMERINTAH 9 ANG


PERBARISAN PEGAWAI TADBIR 9 KOMPENI ANGKUT KPD

SIBU: Perbarisan Pegawai Tadbir 9 KPD telah diadakan pada 11 Mac 2020 di Padang Kawad pasukan. Perbarisan ini terdiri daripada seorang pegawai dan 66 anggota Lain-Lain Pangkat. Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Pegawai Tadbir 9 KPD, Lt Vanesh a/l Baskerran dan diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan diiringi KSM pasukan, PW II Nelson anak Banyoi.

PERBARISAN PEG TADBIR 9 ANG


PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR 9 KOMPENI ANGKUT KPD

(SIBU: Pasukan 9 KPD telah mengadakan Perbarisan Kompeni Sarjan Mejar (KSM) pada 7 Januari 2020 bertempat di Padang Kawad Pasukan. Perbarisan ini terdiri daripada 64 anggota Lain-Lain Pangkat. Antara intipati ucapannya telah menasihati semua peringkat anggota agar mempunyai rasa tanggungjawab terhadap anggota bawahan.PERBARISAN KSM 9 ANG


LATIHAN PENGENDALIAN SENJATA PERINGKAT PASUKAN 71 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KUCHING: Seramai 16 Pegawai Tidak Tauliah Kanan dan 33 Pegawai Tidak Tauliah Rendah telah menjalani Ujian Pengendalian Senjata peringkat pasukan pada 7 Januari 2020 bertempat di Perkarangan Parkir Sel Kenderaan Pasukan. Objektif Ujian ini bagi menguji tahap pengendalian senjata oleh anggota.

LATIHAN PENGEDALIAN SENJATA 71 BN KPD


LAWATAN KERJA PENGARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE PASUKAN 71 BATALION KPD

KUCHING: Brig Jen Ezani bin Abdullah, Pengarah KPD telah membuat lawatan kerja ke pasukan 71 Bn KPD pada 29 Januari 2020. Objektif lawatan untuk mengetahui permasalahan serta keperluan anggota di pasukan. Terdahulu, beliau telah dibawa oleh Lt Kol Mohd Johari bin Redzuan, Pegawai Memerintah Pasukan untuk meninjau keadaan pasukan 71 Bn KPD serta pasukan bawah naungan.

LAWATAN KERJA PENGARAH KOR KE 71 BN KPD


PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN PASUKAN 71 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KUCHING: Perbarisan SMR 71 Bn KPD telah diadakan pada 6 Januari 2020 di Padang Kawad Pasukan. Seramai 16 Pegawai Tidak Tauliah Kanan dan 33 Pegawai Tidak Tauliah Rendah telah terlibat.

PERBARISAN SMR 71 BN KPD


SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH KOMPENI BEKALAN DAN KETUA STESEN BOMBA KEM PENRISSEN 71 BATALION

KUCHING: Pada 2 Januari 2020 telah berlansungnya Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Kompeni Bekalan antara Mej Nor Azah binti Ahmad Hussin dan Mej Low Yong Weoy serta Serah Terima Tugas Ketua Stesen Bomba Kem Penrissen antara Mej Low Yong Weoy dan Lt Muhammad Harley Izzat bin Shahrudin. Majlis telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pasukan yang disaksikan Pegawai Memerintah Pasukan, Lt Kol Mohd Johari bin Redzuan.

SERAH TERIMA TUGAS 71 BN KPD

 Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Kompeni Bekalan

SERAH TERIMA TUGAS 71 BN KPD 2

Serah Terima Tugas Ketua Stesen Bomba Kem Penrissen

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta

Jabatan Arah Kor Perkhidmatan
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
Tel: (60)3 2071 2871 | Faks: (60)3 2071 2871