UJIAN KEMAHIRAN TEMPUR 7 KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

JOHOR: Seramai dua pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) pasukan 7 KPD telah melaksanakan Ujian Kecergasan Tempur (UKT) di Sirkit Merempuh Halangan, PULADA pada 19 Ogos 2020. Sebelum memulakan UKT, pegawai dan anggota diberi taklimat ringkas oleh PTI mengenai pelaksanaan ujian dan keselamatan semasa melaksanakan ujian ini. Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal, kemahiran serta kewibawaan sebagai seorang anggota tentera agar sasaran latihan yang dikehendaki oleh pasukan akan tercapai sepenuhnya.

2

1