LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA BALU ANGGOTA 7 KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

JOHOR: Pegawai Pemerintah 7 Platun Bekalan KPD (7 Pl Bek), Kapt Karimah Hafizah Zainal telah mengadakan Lawatan Kebajikan dan Penyampaian Sumbangan kepada balu Penguasa Depoh, Allahyarham SSjn Mohamad Shahril Mohamad Bukhari di kediaman anggota, RKAT Taman Kluang Barat pada 19 Ogos 2020. Anggota telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2020 akibat komplikasi kencing manis dan sumbangan khairat kematian daripada CSM, Jab Arah KPD dan Kutipan Derma Kilat daripada seluruh warga pasukan telah diserahkan kepada balu anggota, Siti Nurbaya Shabbir Ahmad.Tujuan penyampaian sumbangan untuk meringankan beban dan memberikan suntikan semangat kepada waris anggota.

2

1