MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI MEMERINTAH 93 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA BERSAMA WARGA FLEET KENDERAAN MARKAS TENTERA DARAT

KUALA LUMPUR: Pegawai Memerintah 93 Bn KPD, Lt Kol A. Lazim bin Amit telah melaksanakan perjumpaan bersama pegawai dan Lain-Lain Pangkat Fleet Kenderaan MKTD bertempat di perkarangan Kem Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada tarikh 22 Ogos 2020. Perjumpaan yang dihadiri seramai dua peg dan 123 LLP telah berlangsung dengan penuh ringkas dan pematuhan SOP COVID-19. Antara intipati perjumpaan ini adalah taklimat kesiagaan pasukan, majlis ramah mesra dan penyampaian amanat pucuk pimpinan Tentera Darat. Pegawai Memerintah dalam ucapannya menasihati semua warga pasukan agar menjaga aspek profesionaliti dalam tugas harian dan menekankan aspek pengukuhan moral melalui latihan yang telah digariskan. Turut hadir Penolong Pegawai Memerintah dan SMR 93 Bn KPD.

“Berkhidmat Untuk Semua”

1

3

2