MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT 93 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 93 Bn KPD telah diadakan di Dewan Khidmat 93 Bn KPD, Kem Batu Kentonmen pada tarikh 21 Julai 2020. Pn Shahuda binti Mohammad Shariff telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengerusi BAKAT 93 Bn KPD kepada penggantinya, Pn Selyza binti Md Isa. Acara tersebut disaksikan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat, Kol Mohamad Ismail bin Kamarudin. Majlis diteruskan lagi dengan jamuan ringan dan penyampaian cenderahati. Semoga dengan perlantikan Pengerusi yang baru, BAKAT 93 Bn KPD dapat meneruskan wawasan yang dipegang oleh setiap ahli selama ini iaitu “BAKAT 93 Bn KPD terus membangun sebagai Badan Kebajikan yang progresif, beretika dan berilmu bagi mewujudkan kesejahteraan keluarga yang bergerak seiring dengan Tentera Darat ke arah kecemerlangan”.

SMP 0477

SMP 0423

SMP 0492