Majlis Pelancaran Arahan Teknikal KPD

PERAK: Majlis pelancaran Arahan Teknikal Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) bersempena sambutan HUT KPD Ke-61 disempurnakan oleh Pengerusi KPD, Mej Jen Dato Hasanuddin Mustafa di Dewan Rampai Sari, Pusat Latihan KPD pada 13 Julai 2018 .

 

Arahan teknikal yang baru dikemaskini ini merupakan tatacara operasi daripada aspek teknikal kefungsian Kor.

Ianya juga merupakan rujukkan dan panduan kepada seluruh warganya dalam melaksanakan tanggungjawab dalam memberi bantuan logistik kepada pasukan TD khasnya dan ATM amnya.

Ketua Kumpulan KP, Kol Mohd Roshaimin Abd Rashid berjaya dalam menyelaraskan tim bagi mengemaskini setiap Arahan Teknikal KP yang sedia ada supaya seiring dengan pengarahan semasa.

Antara arahan yang terlibat adalah, Arahan Teknikal Bekalan Makanan, Arahan Teknikal Pegangkutan, Arahan Teknikal Petroleum, Arahan Teknikal Katering, Arahan Teknikal Bomba TD, Arahan Teknikal Pergerakkan, Arahan Teknikal Hantaran Udara dan Arahan Teknikal Utiliti.

Majlis diteruskan dengan pemakaian Lencana Bomba Kepada Pegawai Kanan KPD iaitu Kol Abd Hafiz Ahmad.

DSC 8692DSC 8696DSC 8704DSC 8709DSC 8718Oleh: Kapt Aizuddin
Gambar: Sjn Nor Shahrin, Sjn Hamdan dan Kpl Fadhil

#RSCnext1.0