Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPD

KUALA LUMPUR: Warga Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 di Dewan Dato Yakoob, 91 Depot Bekalan Pusat KPD pada 5 Jul 2018.

Seramai 1000 warga KPD dan veteran KPD hadir dalam majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi Kor KPD, Mej Jen Dato' Hasanuddin Mustafa serta Isteri Datin Nik Rahana Nik Mohamad.

Majlis ini dilaksanakan adalah bagi memberi ruang serta peluang kepada warga KPD dan vateran KPD beramah mesra dalam mengeratkan hubungan silaturahim. Sesi mengedarkan duit raya dan kuih raya kepada yang hadir turut dilaksanakan.


Segala aktiviti berlangsung dengan begitu meriah dengan pelbagai juadah disediakan bersama persembahan live Band daripada Band D' Semenggos KPD.

Majlis diserikan juga dengan kehadiran puncuk pimpinan tertinggi TD dan juga Veteran Peneraju Kor sebelumya yang mana kehadiran ini menunjukkan semangat tidak luntur dalam diri mereka yang pernah berkhidmatan dalam Kor khasnya dan TD amnya.

Turut hadir Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan pegawai kanan TD.

2. Sambutan Raya 82. Sambutan Raya 92. Sambutan Raya 312. Sambutan Raya 12Oleh: Kapt Aizuddin
Gambar: Sjn Norshahrin