Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Kor Perkhidmatan Diraja

TAIPING : Seramai 167 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas SMR KPD di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) pada 4 Jun 2018.

Perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh PW 1 Hazlin bin Taharin dan ucapan dari beliau. Mantan SMR KPD PW 1 Hazlin bin Taharin menyerahkan tugasnya kepada PW 1 Rosdan bin Hj Mohamed Rosli bakal SMR KPD disaksikan oleh Brig Jen Wan Ghazali bin Wan Din, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja.

PW 1 Hazlin bin Taharin akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 11 Ogos 2018 dengan tempoh perkhidmatan selama 30 tahun 5 bulan dan 29 hari. Beliau telah memegang jawatan sebagai SMR KPD selama 9 tahun bermula dari 30 Jan 2009.

WhatsApp Image 2018 06 04 at 11.12.44

WhatsApp Image 2018 06 04 at 11.12.44 1WhatsApp Image 2018 06 04 at 11.12.44 2

WhatsApp Image 2018 06 04 at 11.12.44 2

WhatsApp Image 2018 06 04 at 11.13.50

WhatsApp Image 2018 06 04 at 11.13.50 2