Majlis Berbuka Puasa Warga Kor Perkhidmatan Diraja

PERAK: Majlis berbuka Puasa warga KPD bersama Brig Jen Wan Ghazali bin Wan Din, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja telah laksanakan di Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) pada 4 Jun.

Majlis pada hari Ke 19 Ramadhan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah di samping dapat meluangkan masa bersama pegawai dan anggota bagi menyambut saranan agama untuk mengimarahkan bulan mulia ini dengan ibadah dan perpaduan.

 

Selain itu turut diselitkan majlis meraikan saudara baru bagi pegawai dan anggota KPD iaitu diraikan Kapt Muhammad Firdaus Thiagarajan – PULMAT, Kpl Muhammad Nick Aiman bin Abdullah - 72 Bn KPD dan LKpl Muhammad Aliff Najmi bin Abdullah - 6 Kom Angkut KPD.

Acara Penyampaian sumbangan oleh Pengarah kepada untuk anggota yang mempunyai anak OKU serta balu turut dilaksanakan dalam majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pegawai Kanan KPD, Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan KPD serta wakil KP Setiap Div.

WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.12WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.12 1WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.12 2WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.12 3WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.12 4WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.12 5WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.12 6WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.12 7WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.56WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.56 1WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.56 1WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.56 3WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.56 5WhatsApp Image 2018 06 05 at 10.58.56 6