PERUTUSAN HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-63

KUALA LUMPUR: Seramai 44 pegawai dan 110 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Majlis Bacaan Perutusan Hari Ulang Tahun Kor Perkhidmatan Diraja (HUT KPD) Ke-63 yang telah disempurnakan oleh Pengerusi KPD Mej Jen Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli bertempat di Dewan Dato' Yaacob 91 Depot Bekalan Pusat Kor Perkhidmatan Diraja, pada 15 Jul 20. Perutusan HUT Ke-63 telah disiarkan secara langsung kepada warga KPD di 4 Zon utama melalui live video streaming Youtube, Pulmat telah mewakili Zon Utara dengan kehadiran seramai 100 anggota, 73 Bn KPD mewakili Zon Selatan dengan kehadiran seramai 166 anggota, 5 Komp KPD mewakili Zon Sabah dengan kehadiran seramai 166 anggota dan 9 Komp Ang KPD mewakili Zon Sarawak dengan kehadiran seramai 166 anggota. Majlis diteruskan dengan bacaan Yassin Tahlil ringkas dan doa selamat yang bertempat di Surau Saidina Abu Bakar 91 DBP. Majlis diakhiri dengan acara memotong kek HUT dan jamuan ringan. Turut hadir Pengarah KPD, Brig Jen Ezani Abdullah, Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik PMBTD, Brig Jen Ab Aziz Mohd Sharif, Pegawai Memerintah WTKL, Brig Jen Ahmad Faiezzelan Abdul Karim dan Pegawai-Pegawai Kanan KPD.

SMP 9680

SMP 9748

SMP 9818