PERBARISAN KENDERAAN TRUP 3 DIVISYEN BUKTI KESIAPSIAGAAN

MELAKA: Sejumlah 57 buah kenderaan pelbagai jenis dari pasukan Trup Divisyen terlibat dalam Pemeriksaan Kenderaan 3 Div di Kem Terendak pada 22 Januari 2020. Sebanyak 8 x 3 tan, 5 tan, Dapur Medan dan Meal On Wheel terlibat dari 73 Bn KPD semasa perbarisan tersebut. Pemeriksaan tersebut yang dilaksanakan di kawasan Lapangan 12 Skn RAJD, Kem Terendak disempurnakan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim. Panglima 3 Div di dalam ucapan ringkasnya berharap agar setiap pasukan mengekalkan prestasi yang terbaik dari segi senggaraan dan kekemasan.

PERBARISAN KENDERAAN TRUP 73 BN KPD

 

PERBARISAN KENDERAAN TRUP 73 BN KPD 2