Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Kor Perkhidmatan Diraja

Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Kor Perkhidmatan Diraja

Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Kor Perkhidmatan Diraja

TAIPING: Seramai 151 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas SMR KPD yang diketuai oleh PW 1 Hasri Airik (93 Bn KPD) di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) pada 14 Mac 2019.

 

Acara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh PW 1 Rosdan Hj Mohamed Rosli dan ucapan daripada beliau. Mantan SMR KPD Ke-5, PW 1 Rosdan Hj Mohamed Rosli menyerahkan tugasnya kepada PW 1 Mohd Faizal Mohd Idris SMR KPD Ke-6 dan disaksikan oleh Brig Jen Hj Abd Malik Hj Amid, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja.

Setelah hampir 31 tahun menabur bakti kepada KPD khasnya serta ATM dan TD amnya, PW I Rosdan Hj Mohamed Rosli bakal meninggalkan bidang ketenteraan ini pada tanggal 11 Julai 2020. Seluruh warga kor mengucapkan jutaan terima kasih atas bakti yang dicurahkan oleh PW I Rosdan Hj Mohamed Rosli. Selamat bersara dan selamat maju jaya.

Oleh :
Kpl Mohd Fadil Yusoff

Gambar :
Pmd Mohd Farid Mazeelan
Pmd Azrie Mohamed Asmayatim

RSM ROSYDANRSM ROSYDAN 2RSM ROSYDAN 3