PERBARISAN PENGHARGAAN MEJ JEN DATO HASANUDIN BIN MUSTAFA

PERBARISAN PENGHARGAAN MEJ JEN DATO HASANUDIN BIN MUSTAFA

Perbarisan Penghargaan Pengerusi KPD Ke-10

PERAK: Istiadat perbarisan sempena persaraan Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) Ke-10 yang mana mantan Asisten Ketua Staf Cawangan Logistik Tentera Darat (TD), Mej Jen Dato' Hj Hasanudin Hj Mustafa diadakan di Padang Kawad PULMAT pada 21 Feb 2019.

 

Istiadat perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghormatan terakhir TD khasnya dan kor amnya kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM. Beliau yang ditemani oleh isteri, Datin Hjh Nik Rahana Hj Nik Mohamad akan menamatkan perkhidmatan dan telah berkhidmat di dalam TD selama 42 tahun.

Beliau menerima tabik hormat daripada kontigen perbarisan yang terdiri daripada 15 pegawai serta 197 anggota Lain Lain Pangkat (LLP) dan diketuai oleh Lt Kol Adly Majid serta perbarisan ini turut diiringi oleh pancaragam gabungan dari pasukan 3 KAD dan 2 RRD Di akhir acara, Pengerusi KPD Ke-10 Mej Jen Dato' Hj Hasanudin Hj Mustafa bersama isteri telah diarak menggunakan kenderaan istiadat dengan diiringi pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota KPD.

Warga TDM dan KPD mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Mej Jen Dato' Hj Hasanudin Hj Mustafa. Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Briged Infantri Kedua Malaysia, Brig Jen Datuk Nizam Hj Jafaar serta pegawai-pegawai kanan KPD dan ahli keluarga kepada Mantan Pengerusi KPD Ke-10

Perbarisan Penghargaan Dato HasanudinPerbarisan Penghargaan Dato Hasanudin 2