LAWATAN KEBAJIKAN PTD DAN PENGARAH KPD

SMP 3930
SUNGAI BESI, 2 Mac 2021 - Kunjungan Tan Sri PTD dan Pengarah KPD ke kediaman Kapten Mohamad Fazli bin Mad Aripin, yang bertugas di 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (74 Bn KPD). Anak kedua beliau, adik Muhammad Neil Jabbar bin Mohamad Fazli, berusia satu tahun tiga bulan, dikesan menghidap penyakit Inflammatory Myofibroplastic Tumour (Kanser Neuroblastoma), pada 12 September 2020. Kini, adik Neil Jabbar perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan di Klinik Pediatrik dan Fisioterapi PPUKM bagi membolehkan pihak hospital memantau perkembangan tumbesaran beliau.
Dalam kunjungan ini, Tan Sri PTD berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan berupa bantuan peribadi dan Tabung Kebajikan Tentera Darat serta barangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pegawai tersebut.
SMP 3951SMP 3921
Lawatan kebajikan sebegini akan sentiasa dilaksanakan bagi menyantuni warga TDM yang berdepan masalah. Ia bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan warga.