Bengkel Semakan Manual KPD

KUALA LUMPUR: Seramai 60 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) terlibat dalam Bengkel Semakan Manual KPD yang dianjurkan oleh Sel Doktrin, Jab Arah KP di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 5 Jul 2018.

Bengkel Semakan Manual KPD yang diakan selama empat hari bermula 3 hingga 6 Jul 2018 ini merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun bagi perbincangan untuk tujuan penambahkanbaikan manual-manual Kor mengikut situasi semasa dan juga untuk rujukan kepada pegawai dan anggota LLP dalam aspek pengurusan, operasi dan latihan KPD.

Pada tahun ini, dua buah manual yang terlibat iaitu Manual Pergerakan Tentera Darat dan Manual Latihan Bekalan, Petroleum dan Minyak Pelincir KPD.

Turut hadir Pegawai Memerintah dan Pemerintah daripada pasukan KP serta wakil Sel KP dari setiap Div.

WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.18.26WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.18.29WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.18.30WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.18.33WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.18.34Oleh: SSjn Fendi
Gambar: Sjn Azwan