LAWATAN PENGHARGAAN BRIG JEN AHMAD FAIEZZELAN ABDUL KARIMLAWATAN PENGHARGAAN BRIG JEN AHMAD FAIEZZELAN ABDUL KARIM

SMP 4708KUALA LUMPUR: Brig Jen Ahmad Faiezzelan Abdul Karim melakukan Lawatan Penghargaan ke 93 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (93 Bn KPD) sebagai mengenang kembali unit pertama dalam perkhidmatan beliau pada 15 Mac 2021.

SMP 4734

Brig Jen Ahmad Faiezzelan diberikan penghormatan untuk memeriksa Kawalan Kuarter di Balai Pengawal 93 Bn KPD lalu diperkenalkan kepada semua pegawai dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) pasukan.
Lawatan diteruskan dengan acara menembak pistol pegawai kanan dan seterusnya beliau beramah mesra bersama warga pasukan.
Mengimbas keperibadian Brig Jen Ahmad Faiezzelan Abdul Karim, beliau telah berkhidmat sebagai Jurulatih Kadar di 93 Bn KPD pada 30 Mei 1980 hingga 4 Mei 1982 yang ketika itu dikenali sebagai Markas KP (Pengkalan) Batu Kentonmen.
Beliau akan bersara wajib dari perkhidmatan pada 28 Mei 2021 setelah berkhidmat selama hampir 42 tahun dalam Kor Perkhidmatan Diraja amnya, Tentera Darat khasnya.
Turut hadir, Ketua Kumpulan KP, Kol Abd Hafiz Ahmad dan Peg Mem 91 DBP.