KOLONEL YANG DIPERTUA KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KDYMM Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

KolYdpMesyuarat Majlis Raja-Raja ke 199 yang  diadakan pada 27 Mei 2004 telah memutuskan bahawa KDYMM Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah diperkenan sebagai Kol YDP Kor Perkhidmatan Diraja. Baginda Tuanku juga kekal sebagai Kol YDP Rejimen Askar Melayu Diraja. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah diputerakan pada tanggal 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit. Baginda telah bertemu jodoh dengan Tuanku Sultanah Bahiyah pada Mac 1956 di Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus dan telah dikurniakan dengan tiga orang puteri. Tuanku Sultanah Bahiyah telah mangkat pada 26 Ogos 2003 di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit, Alor Star, Kedah.

            Pada tanggal 20 Februari 1959, Baginda ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kedah ke-28. Baginda Tuanku telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke 5 mulai 21 Sep 1970 hingga 20 Sep 1975. Baginda juga telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Kolonel Yang DiPertua Kor Peninjau mulai 24 Mac 1966 sehingga 26 Nov 1970. Selain itu, KDYMM Sultan Abdul Hamid telah dilantik sebagai Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu Melayu Diraja pada 23 Sep 1975. Tanggal 9 Jan 2004, telah berlangsung satu istiadat gilang-gemilang permasyhuran Yang Mulia Che Puan Hajah Haminah binti Haji Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. Tuanku Sultanah Hajah Haminah dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan dan berkahwin dengan Tuanku Sultan pada 25 Dis 1975. Istiadat permasyhuran ini disambut gembira serta meriah oleh seluruh rakyat Kedah Darul Aman.