Mesyuarat Agung Ulung KPVKPDM

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Ulung Koperasi Persatuan Veteran Kor Perkhidmatan Diraja Malaysia (KPVKPDM) Bhd dirasmikan oleh Pengerusi KPD, Mej Jen Dato' Hasanudin Mustafa di Dewan Hikmat, MTAT pada 14 Jul 18.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada Presiden Persatuan PVKPDM, Mej (B) Rozni Hashim dan seterusnya ucapan dan perasmian oleh Pengerusi KPD.

Dalam ucapan Pengerusi KPD, Beliau menerangkan rasa bangga dan yakin beliau terhadap PVKPDM dalam menguruskan persatuan yang telah wujud sejak 12 Apr 12.

Dengan jumlah ahli seramai lebih kurang 400 orang, adalah amat sukar serta memerlukan semangat yang kental, disiplin yang tinggi dan bersedia untuk mengorbankan masa untuk persatuan.

Beliau juga yakin, dengan penubuhan koperasi ini, persatuan akan lebih berjaya dan akan dapat memberi lebih manfaat kepada ahlinya pada masa hadapan.

Turut hadir Penasihat Persatuan Veteran Kor Perkhidmatan Diraja Malaysia (PVKPDM), Brig Jen (B) Dato Abdul Majid Daudsha, Pengarah KPD, Brig Jen Hj Abdul Malik Hj Amid dan 71 ahli KPVKPDM Selagor Bhd.

WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.46.49

WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.46.58WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.47.03WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.47.03 1WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.47.07WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.47.09WhatsApp Image 2018 07 19 at 18.47.15Oleh : Lt Huzaifi