PERAK: Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempenan Hari Ulang Tahun Kor Perkhidmatan Diraja (HUT KPD) Ke-61 dilaksanakan di Surau An Nur, Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) pada 12 Jul 2018.
Majlis dimulakan dengan Tazkirah ringkas bertajuk "Pemerintahan dan Tanggungjawab", dan diteruskan dengan Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bagi mendoakan kesejahteraan kepada seluruh warga kor serta semua anggota tentera yang telah banyak menabur bakti kepada perkhidmatan.
Turut hadir Pengerusi KPD, Mej Jen Dato' Hasanuddin Mustafa, Pegawai Kanan KPD, Pegawai memerintah, Pemerintah serta anggota daripada formasi Div dan pasukan KPD.
Oleh: Kapt Aizuddin
Gambar: Sjn Nor Shahrin, Sjn Hamdan dan Kpl Fadhil
#RSCnext1.0