Seminar Halatuju Kor Perkhidmatan Diraja ( RSCNext1.0)

PERAK: Jabatan Arah Kor Perkhidmatan melalui Sel Teknikal telah melaksanakan Sesi Seminar Hala Tuju Kor Perkhidmatan Diraja ( RSCNext1.0 ) bertempat di Wisma Perwira Kor Perkhidmatan Diraja, Taiping, Perak, pada 5 Jun 2018.

 Program yang dihadiri oleh 80 pegawai bertujuan bagi mendengar sesi taklimat disampaikan oleh Pegawai Staf 1 Kerjaya, Jab Arah KP Lt Kol Hafiz bin Ahmad dan Pegawai Staf 1 Teknikal, Jab Arah KP Lt Kol Muzafar bin Mosam Shah berkenaan Rancangan Pembangunan Kor yang sejajar dengan Pelan Pembangunan Strategik Army 4nextG.

Dalam sesi taklimat tersebut staf telah menerangkan konsep RSCNext1.0 adalah berpandukan kepada pendekatan Streamline, Simplified and Standardised.

Diakhir program Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Wan Ghazali bin Wan Din telah membuat penggulungan akhir keseluruhan program dan telah menyatakan hasrat serta optimis beliau terhadap masa hadapan kor, beliau telah mengungkapkan bahawa "the future is now and lets make it happen".

WhatsApp Image 2018 06 05 at 13.59.59WhatsApp Image 2018 06 05 at 13.59.59 1WhatsApp Image 2018 06 05 at 14.00.28WhatsApp Image 2018 06 05 at 14.00.28 1WhatsApp Image 2018 06 05 at 14.00.28 2WhatsApp Image 2018 06 05 at 14.01.24WhatsApp Image 2018 06 05 at 14.01.24 1