PERAK: Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi KPD telah diadakan di Wisma Perwira KPD, Taiping pada 20 Jun 2020 yang melibatkan seramai 32 Pegawai Kanan KPD. Upacara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pengerusi KPD antara Mej Jen Datuk Hj Hasim Jabar dengan Mej Jen Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli telah disaksikan oleh Lt Jen Dato' Hasagaya Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Darat. Mej Jen Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli telah menjadi wakil warga KPD, untuk memberi cendera kenangan bagi mengenang jasa Mej Jen Hj Abd Malik bin Hj Amid sempena beliau berkhidmat di dalam KPD.