MELAKA: Seramai 38 peserta telah berjaya melaksanakan praktikal kursus pengurusan jenazah yang melibatkan anggota dari unit- unit dalam 10 Briged (Para) pada 05 Mac 2020. Kursus ini dilaksanakan di Masjid As-Syuhada. Program yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari ini bukan sahaja melibatkan pengurusan jenazah semata–mata, malah penceramah juga mengambil kesempatan untuk menyentuh soal amalan-amalan bidaah dalam pengurusan jenazah. Penutup majlis dirasmikan oleh SO 1 Tad Log MK 10 Bgd (Para).