BANTING: Pegawai Memerintah Pasukan 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja, Lt Kol Zamri bin Zainal telah menghadiri Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil Cemerlang Pemeriksaan Dokumentasi Tahun 2019 pada 23 Januari 2020 di Impian Morib Hotel, Banting Selangor. Pasukan telah mendapat Sijil Cemerlang Pemeriksaan Dokumentasi Tahun 2019 kerana mendapat peratus yang cemerlang semasa pemeriksaan oleh pihak Jemaah Pemeriksaan Dokumen. Sijil disampaikan oleh Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Brig Jen Dato’ Nazri bin Abu Bakar.