KOTA BHARU: Mejar Mohd Alwi bin Yunus, Pegawai Pemerintah pasukan telah membuat lawatan kebajikan bagi anggota pasukan iaitu PW 2Tawaka bin Ab Ghani di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Jun 2020. Anggota sedang mengalami penyakit Bilateral Thalamic Lession (Jangkitan Kuman di Otak) mulai 22 Mac 2020. Kini anggota masih berada di unit rawatan rapi katil no 2. Keadaan anggota stabil dan masih bergantung sepenuhnya pada alat bantuan oksigen.