IPOH: Lawatan Pegawai Memerintah 72 Bn KPD, Lt Kol Khairul Anuar Bin Abdul Kadir ke pasukan bawah perintah 15 Komp Ang KPD (AW), Kem Desa Pahlawan, Kelantan pada 18 Mac 2020. Seorang pegawai dan 20 anggota Lain-Lain Pangkat terlibat dalam perjumpaan bersama Pegawai Memerintah yang diadakan di Dewan Pasukan. Pegawai Memerintah telah dibawa melawat ke sekitar pasukan oleh Penolong Pegawai Pemerintah pasukan 15 Komp Ang KPD (AW), Kapt Afendi bin Zakaria.