TAIPING: Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) telah melaksanakan Perbarisan Serah Terima Tugas Komandan pada 17 Februari 2020 bertempat di Padang Kawad Pasukan yang melibatkan seramai 14 pegawai dan 198 anggota Lain-Lain Pangkat. Perbarisan ini telah diketuai oleh Ketua Jurulatih pasukan iaitu Mej Ahmad Hazri bin Ibrahim. Upacara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas Komandan antara Lt Kol Fissol bin Abd Hadi dengan Lt Kol Abdul Razak bin Hj Mohd Said telah disaksikan oleh Mej Jen Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Latihan & Doktrin Tentera Darat.