MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA
KUALA LUMPUR: Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat telah diadakan di Pejabat Panglima Tentera Darat pada 30 Mac 2020. Brig Jen Meor Anuar Shuhaili bin Mohd Ramli telah dinaikkan pangkat dari Brigedier Jeneral ke Mejar Jeneral. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Ahmad Nawawi.
SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MARKAS PEMERINTAHAN LOGITIK TENTERA DARAT
KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MK Log TD) telah dilaksanakan di Dewan Syarahan MK Log TD pada 6 Januari 2020. Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas diantara Brig Jen Ezani Abdullah dan Kol Mohamad Ismail Kamarudin disaksikan oleh Panglima Log TD, Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Jaafar.
SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-18
KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Pengarah KPD telah diadakan di Pejabat Pengarah KPD pada 7 Januari 2020. Majlis Serah Terima Tugas Pangarah Kor Perkhidmatan Diraja di antara Mej Jen Hj Abd Malik bin Hj Amid Mantan Pengarah Ke-17 dan Brig Jen Ezani Abdullah Pengarah Ke-18 yang baharu. Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah hadir bagi menyaksikan acara tersebut.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT PASUKAN 72 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA
TAIPING: Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Pasukan diantara Puan Norhana binti Ahmad dengan Puan Nur Khairunisa binti Abdullah telah dilaksanakan pada 24 Februari 2020 di Ruangan KOMATRA pasukan yang disaksikan oleh Pegawai Penasihat BAKAT pasukan, Lt Mohd Fahmi Rizal bin Abdul Majid dan YBhg Puan Hajah Bashrah binti Haji Ali.
Halaman 3 dari 4